• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Land Cruiser Heritage Edition (2020) - Edisi Khas Rai 60 Tahun Atas Planet Bumi

Toyota Land Cruiser Heritage Edition (2020) - Edisi Khas Rai 60 Tahun Atas Planet Bumi

January 24, 2019 By Han Othman Leave a Comment

476
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA memperkenalkan Land Cruiser sudah lebih 60 tahun. Sebenarnya, hampir 70 tahun jika dimasukkan model BJ (1951) yang dijenamakan sebagai Land Cruiser beberapa tahun kemudian. Sejak itu, model kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz penuh itu menjadi mesin Toyota yang paling boleh diharap untuk dipandu ke mana-mana.

Sempena meraikan kegemilangan sejarah itu, Toyota memperkenalkan Toyota Land Cruiser Heritage Edition (2020) menjelang Pameran Auto Chicago yang dijadualkan bermula beberapa minggu lagi.

BACA >>> Toyota GR Supra (2020) yang Pertama Dilelong RM8.6 Juta untuk Dana Kebajikan

Apakah yang berbeza antara Land Cruiser versi Heritage Edition dan versi standard?

LEBIH PREMIUM, EKSKLUSIF

Paling ketara, SUV itu diserikan rim BBS 18 inci yang memang direka eksklusif untuk Heritage Edition. Gril besar diberikan aksen hitam, manakala kemasan lampu utama dan perumah lampu kabus datang dalam bentuk krom gelap. Cermin sisi juga dicalitkan krom gelap.

Paling istimewa, ada lencana khas 'Toyota Land Cruiser' tertera pada pilar-C sebelah kanan, dan model ini tiada sil pijak dan liner sisi sepanjang bawah badan. Ia memang sengaja dihilangkan Toyota sebagai tanda ini ialah model edisi khas.

Ruang dalaman juga berubah dengan hanya satu opsyen kemasan upholsteri ditawarkan, iaitu kulit hitam dengan sulaman benang gangsa. Karpet lantai tahan cuaca khas dan pelapik kargo juga dipakejkan. Heritage Edition juga cuma ada dalam versi 5 penumpang dan dalam 2 warna luaran, iaitu Midnight Black Metallic (hitam) atau Blizzard Pearl (putih).

Komponen mekanikal kekal sama mengikut Land Cruiser spesifikasi Amerika Syarikat (AS), iaitu 5.7L V8 berkuasa 381hp yang dipacu sistem pacuan empat roda (4WD) dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Model ini baru saja dikemas kini tahun lalu, jadi tiada perubahan drastik melibatkan enjin dibuat dalam masa terdekat ini.

BACA >>> RAV4 (2019) Jadi SUV Hibrid Toyota Pertama di Australia, di Pasaran Tahun Depan

Land Cruiser Heritage Edition (2020) akan melakukan debut umum pada Pameran Auto Chicago 2019 dengan hanya 1,200 unit dikeluarkan dan jualan dijangka bermula lewat musim panas ini (Jun 2019).

GALERI

Related

476
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4WD, Amerika Syarikat (AS), AS, Roda4, Toyota, Toyota Land Cruiser, Toyota Land Cruiser Heritage Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my