TRIUMPH mendedahkan model kedua dalam barisan TFC (Triumph Factory Custom) baharu selepas Thruxton R yang dibina berasaskan cruiser, Rocket. Dengan ketiadaan model baharu dalam barisan Rocket sedia ada sejak dua tahun lalu disebabkan peraturan emisi Euro4, ini secara tidak langsung menguatkan spekulasi tentang pelancaran Rocket baharu.
Disebut sebagai motosikal konsep, Triumph mendakwa pengumuman penuh tentang Rocket TFC Concept akan dibuat pada 1 Mei nanti. Namun, berdasarkan imej diberikan, ia jelas bukan sekadar model konsep.
BACA >>> Triumph Rocket III - Cruiser Prestasi Tinggi Berkuasa 180hp Bakal Lancar 2019
Rocket TFC Concept bakal diberikan kemasan premium dengan pelana dual/tunggal dan dijana enjin 2,500c berkuasa 180hp dan tork 230Nm. Frem juga baharu dengan swingarm tunggal, sistem ekzos 3-1-3, pemuka TFT generasi kedua (daripada Scrambler) dan komponen brek prestasi tinggi,
Peliknya, kenapa Triumph memutuskan merekabentuk Rocket serba baharu hanya untuk menghasilkan versi TFC? Ini kerana penampilan 'Rocket' versi TFC ini jelas sekali seperti prototaip pengeluaran berbanding model konsep. Adakah Rocket III serba baharu bakal didedahkan selepas debut Rocket TFC Concept.
Lain macam punya teaser!
SUMBER: MCN|YoungMachine
Leave a Reply