KETUA Jurutera Supra, Tetsuya Tada dalam kenyataan kepada portal permotoran Road & Track berkata, Supra (2020) baharu mencatatkan rekod 7 minit 40 saat mengelilingi trek Nurburgring di Jerman sepanjang 20.7km.
Supra (2020) juga mampu melepasi pengehad halaju maksimum 249kmj atas laluan lurus di Nurburgring. Malah tanpa pengehad halaju, model sport Toyota itu menurut Tada, masih mampu menyempurnakan pusingan penuh litar serba mencabar itu di bawah catatan masa 8 minit dengan mudah.
BACA >>> Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik
"Ia sangat mudah untuk memecahkan masa 8 saat - 7:50, 7:40. Ia akan buat dengan mudah," kata Tada.
Jadi, dengan catatan masa disebutkan itu, apakah model pesaing lain yang dapat ditumpaskan Supra (2020) sekiranya berentap di Nurburgring. Di bawah ini ialah senarai 5 model yang mungkin kecundang kepada kereta sport Toyota tersebut di litar yang terkenal dengan julukan 'Green Hell' itu.
5. BMW M2 COMPETITION
BMW M2 Competition tidak jauh berbeza dengan Supra kerana ia juga sebuah coupe 2-pintu. Model BMW ini mencatatkan masa 7:52.336 dengan pemandu Sport Auto, cuma sedikit perlahan daripada Supra.
4. FERRARI 599 GTB
Dari segi usia, Ferrari 599 GTB sudah agak berumur, dan prestasi dimiliki sebenarnya lebih sesuai untuk pemanduan grand touring berbanding trek, tetapi ia tetap sebuah Ferrari. Jadi, kemampuan menewaskan sebuah Ferrari tetap dianggap kejayaan manis dan menyeronokkan. Catatan masa 599 GTB di Nurburgring ialah 7:47, direkodkan pada 2007.
3. PORSCHE 718 CAYMAN S
Model sport enjin tengah, Porsche 718 Cayman S melepasi sepusingan penuh Nurbugring dengan kepantasan 7:46.7 pada 2016, juga dilakukan pemandu Sport Auto.
2. HONDA CIVIC TYPE R (FK8) 2017
Civic Type R (FK8) ialah pemegang rekod model pacuan roda depan (FWD) terpantas di Nurburgring, iaitu 7:43.8. Walaupun mungkin tewas kepada Supra, rekod dipegang Civic Type R tetap sesuatu yang membanggakan kerana ia sebuah hatchback FWD dengan 4 pintu dan but besar.
BACA >>> Honda Civic Type-R Catat Rekod Baru FWD di Nürburgring
1. PORSCHE CAYMAN GT4
Cayman GT4 mampu memberikan saingan hebat kepada Supra. Pemandu Sport Auto merekodkan masa 7:42 pada 2015. Malah Porsche kini sedang memyiapkan GT4 pantas baharu dan ada kemungkinan rekod baharu akan dicapai.
Leave a Reply