• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Bakal Hasilkan Beg Udara Boleh Mengembung Banyak Kali, Pertama di Dunia

Hyundai Bakal Hasilkan Beg Udara Boleh Mengembung Banyak Kali, Pertama di Dunia

January 22, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI membangunkan beg udara multirempuhan pertama dunia yang akan digunakan model-model Hyundai dan Kia dalam beberapa tahun akan datang

Berdasarkan maklumat daripada Sistem Persampelan Automotif Kebangsaan (NASS) mengenai Sistem Data Perlindungan Rempuhan (CDS) di Amerika Syarikat (AS), tiga daripada 10 perlanggaran ialah melibat rempuhan sekunder dengan objek lain.

BACA >>> Beg Udara Luaran Mampu Kurangkan Impak Kemalangan Teruk Hingga 40 Peratus

BEG UDARA MENGEMBUNG DUA KALI?

Justeru pasukan jurutera Hyundai membangunkan beg udara multirempuhan (multi-collision) dengan sensor yang direka untuk memantau kedudukan pemandu dan penumpang selepas perlanggaran dan peringkat awal beg udara mengembung, dan jika diperlukan, beg udara itu akan mengembung lagi apabila berlaku impak kedua.

Perincian mengenai inovasi itu masih samar, tetapi menurut Hyundai, idea yang mahu dilakukan ialah intensiti awal beg udara akan dikalibrasikan semula bagi membolehkan ia dikembungkan semula sekiranya diperlukan.

Ketua Pusat Teknologi Casis di Hyundai Motor Group, Taesoo Chi berkata, peningkatan prestasi beg udara dalam senario multirempuhan secara tidak langsung akan memberikan penambahbaikan ketara terhadap aspek keselamatan pemandu dan penumpang.

"Kami akan menerusikan kajian terhadap lebih banyak situasi perlanggaran sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menghasilkan kenderaan lebih selamat yang melindungi penumpang dan mengelak kecederaan," katanya.

SUMBER: PracticalMotoring

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, beg udara, Beg Udara Multirempuhan, hyundai, Hyundai Motor Group, Multi-Collision Airbag, Sistem Persampelan Automotif Kebangsaan (NASS), Taesoo Chi, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev