• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Jadi Negara Asean Pertama Hasilkan Bateri Litium-Ion untuk EV Menjelang 2020

Malaysia Jadi Negara Asean Pertama Hasilkan Bateri Litium-Ion untuk EV Menjelang 2020

January 22, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALAYSIA akan menjadi negara Asean pertama yang menghasilkan bateri litium-ion dalam tempoh 18 bulan akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari  berkata, bateri dihasilkan itu ialah sama seperti digunakan kenderaan Tesla dari segi saiz dan kuasa.

Menurut Madani lagi, MARii sedang menyiapkan kajian kebolehlaksanaan prototaip bateri dalam masa tiga bulan sambil menilai keupayaan pengekalan tenaga untuk memenuhi iklim tempatan.

"Pihak terlibat dalam prototaip dan pengeluaran bateri ialah syarikat tempatan yang bekerjasama dengan MARii sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kami sedang meninjau lokasi pengeluaran di Negeri Sembilan atau Selangor, dan akan membuat keputusan pada penggal kedua tahun ini," katanya.

Saiz bateri dihasilkan itu ialah 18,650 sel yang dijangka digunakan pelbagai produk kenderaan elektrik (EV) seperti kereta, bas dan motosikal.

BACA >>> Dyson Bina Kilang Kenderaan Elektrik di Singapura, Kereta Pertama Lancar 2021

PERTAMA DI ASEAN

MARii juga berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pengeluar bateri litium-ion di Asia Tenggara kerana permintaan bateri jenis itu semakin meningkat secara global. Usaha itu secara langsung akan menyumbang kepada pertumbuhan segmen mobiliti elektrik tempatan.

Dengan trend global bergerak ke arah mobiliti elektrik, kenderaan hibrid dan elektrik menjadi pilihan lebih popular bagi mengurangkan kos bahan api dan operasi.

Sementara itu, dalam pembentangan Keseluruhan Industri Automotif 2018, MArii menyatakan Malaysia menyumbang 4.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDN), menjadikan jumlah jualan kenderaan (TIV) mengatasi pencapaian tahun sebelumnya.

BACA >>> Proton Eksport Model Preve Ke Pasaran Chile

Tahun lalu, TIV dan jumlah pengeluaran kenderaan (TPV) menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan 603,664 unit dan 572,471 unit. Bagi tahun ini, kadar TIV dan TPV dijangka meningkat kurang 1 peratus, dengan anggaran 605,898 unit (naik 0.37 peratus), TIV dan 575,603 unit (naik 0.55 peratus), TPV.

PENCAPAIAN DAN JANGKAAN

MARii turut mengenal pasti potensi besar dalam bidang automotif seperti:

  • Eksport alatan dan komponen mencatatkan rekod RM12.1 bilion (2018) berbanding RM4.7 bilion (2014). Pengilangan semula alatan dan komponen yang meningkat kepada RM523.1 juta (2018) ialah pasaran yang belum diteroka sepenuhnya dan sangat berpotensi dikembangkan. Sasarannya, mencapai nilai RM700 juta pada 2019.
  • Eksport kenderaan import (CBU) meningkat RM2 bilion (2018) selepas menunjukkan penurunan pada 2017. Pasaran CBU dilihat mampu memberikan pulangan positif lebih besar bagi 2019 dan masa depan.
  • Tahun lalu, 64,839 pekerjaan diwujudkan dalam bidang pengilangan dan selepas jualan. Bagaimanapun, tahun ini jumlahnya dijangka rendah, iaitu 59,942.
  • Kadar penembusan pemilikan kenderaan EEV juga semakin tinggi, dengan 62 peratus dan dijangka mencapai 70 peratus tahun ini.

Related

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN, Auto Terkini, bateri EV, Bateri Litium-Ion, Datuk Madani Sahari, Kenderaan Elektrik (EV), Lithium-Ion, MAI, Malaysia, Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev