• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lorenzo Patah Pergelangan Tangan Ketika Berlatih, Bakal Jejas Aksi Awal MotoGP 2019

Lorenzo Patah Pergelangan Tangan Ketika Berlatih, Bakal Jejas Aksi Awal MotoGP 2019

January 21, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA baharu Repsol Honda, Jorge Lorenzo bakal berdepan permulaan sukar dalam aksi awal MotoGP 2019 apabila patah pergelangan tangan kiri akibat kemalangan ketika latihan hujung minggu lalu. Bagaimanapun, kondisi sebenar pelumba Sepanyol itu masih belum jelas dan tidak diketahui.

Lorenzo juga dikatakan sudah pun menjalani pembedahan hari ini untuk membetulkan kecederaan tersebut hanya beberapa hari sebelum dia sepatutnya hadir dalam pelancaran rasmi Repsol Honda untuk musim 2019 di Madrid, Sepanyol.

BACA >>> Lorenzo Tampil Kali Pertama dengan Baju Repsol Honda, Mampukah Gugat Marquez?

Dalam insiden itu, Lorenzo mengalami patah skafoid, iaitu sejenis kecederaan tulang yang terkenal lambat dipulihkan kerana aliran udara yang terhad. Pembedahan dilakukan pakar bedah MotoGP, Dr Xavier Mir di Barcelona.

Kecederaan dialami juara dunia lima kali dijangka mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dan bakal membataskan ujian masa menjelang awal perlumbaan musim ini. Malah, tidak mustahil dia gagal menyertai ujian pertama di Sepang yang bakal berlangsung kurang 10 hari lagi.

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jorge Lorenzo, Lorenzo Kemalangan, MotoGP 2019, Patah Tangan, Repsol Honda Team, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my