• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / AGV X3000 Super AGV Sempena Helmet Legenda GP Dunia, Giacomo Agostini

AGV X3000 Super AGV Sempena Helmet Legenda GP Dunia, Giacomo Agostini

January 20, 2019 By Aryon 2 Comments

668
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN lalu, pembuat helmet AGV mengeluarkan koleksi AGV Legends baharu sempena meraikan tujuh dekad keselamatan helmet. Dua model, X3000 dan X70 (eh, sama pula dengan nama kereta), diilhamkan sempena detik bersejarah helmet itu disarungkan pelumba legenda, Giacomo Agostini dan Renzo 'Paso' Pasolini.

X3000 Super AGV dihasilkan sempena memperingati helmet muka penuh dipakai mendiang Agostini pada dekad 1960-an. Rekabentuk helmet ketika itu berbentuk bujur panjang dan material lapis cengkerang daripada gentian fiber, lengkap dengan bar dagu yang mengikut signatur helmet Agostini.

BACA >>> MIPS - Teknologi Gerakkan Kepala dalam Helmet untuk Kurangkan Impak Kecederaan

giacomo-agostini-agv-1
agv-helmet-giacomo-agostini-and-renzo-pasolini
agv-x3000-super-agv-agostini-helmet-11

Visor gaya retro direka supaya kedap udara dan air, serta padan dengan dwi punat pengikat dan engsel besi yang membolehkan ia dibuka mudah dengan tangan kiri. Material dalaman boleh dicuci dan ditanggalkan, dibuat daripada kulit premium dan fabrik sued, dan disadurkan lapisan anti-bakteria.

Aspek pengudaraan disalurkan menerusi corong tunggal pada visor dengan satu penutup getah mudah tanggal yang membenarkan udara menembus masuk ke dalam saluran antara cengkerang dan dalaman lembut.

RINGAN DAN SENYAP

X3000 juga sangat ringan, cuma seberat 1.36kg dan mendapat rating DOT dan ECE. Strap ialah jenis pengikat D-ring ganda, siap dengan cetak timbul logo AGV. Luaran licin seperti telur memberikan tahap kesenyapan yang baik ketika memecut laju dan tiada terdengar deru angin ketika menoleh kepala. Betul-betul sendat, tetapi selesa dan mudah dipakai sebagai tunggangan harian.

Keseluruhannya X3000 ialah helmet yang selesa dan bergaya retro yang cool. Ia bukan saja mampu memberikan keyakinan menunggang, tetapi membuatkan anda rasa seperti seorang pelumba terkenal Itali.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Jaga Helmet Supaya Kekal Bersih, Tidak Berbau dan Cantik Bersinar!

AGV X3000 Super AGV dijual pada harga AS$449.95 (RM1,850). Siapa yang berminat boleh membuat tempahan secara atas talian atau bertanya kepada butik AGV terdekat. Tiga empat ribu tak lari ni. 😜

GALERI

SUMBER: RideApart

Related

668
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: agv, AGV Legends, AGV X3000, AGV X3000 Super AGV, aksesori, Giacomo Agostini, helmet, Itali, topi keledar

Comments

  1. Abdul azim says

    January 21, 2019 at 9:02 AM

    Where can i get this helmet..? Im from kuala lipis pahang.

    Reply
    • AO says

      January 21, 2019 at 6:12 PM

      Boleh cari online, atau tanya butik AGV

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev