• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nasser dan Hilux Bantu Toyota Raih Gelaran Pertama Rali Dakar

Nasser dan Hilux Bantu Toyota Raih Gelaran Pertama Rali Dakar

January 20, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAMPIR semua orang tahu jenama Toyota dan subsidiari, Daihatsu, termasuk syarikat sekutu, Perodua terkenal dalam pembuatan kenderaan yang tahan lasak dan reliabel. Buktinya ialah pengalaman pemilikan, nilai jual semula dan testimoni pemilik kenderaan jenama tersebut.

Tetapi, bagaimana pula prestasi di litar atau perlumbaan rali yang terkenal mencabar dan begitu mendera kenderaan?

Toyota sebenarnya agak terkebelakang, malah di peringkat tempatan, Proton lebih menonjol berbanding Perodua. Proton menyertai pelbagai perlumbaan peringkat antarabangsa sejak era Saga lagi. Faktanya, Toyota juga menyertai pelbagai perlumbaan, dari NASCAR di Amerika Syarikat (AS), Formula Satu (F1), rali dan enduran.

BACA >>> Toyota Auris GR Sport Baharu Debut di Paris

TOYOTA SEMAKIN AGRESIF

Sejak kebelakangan ini, Toyota semakin agresif dalam dunia perlumbaan dan benar-benar mendatangkan hasil. Pertama, Toyota menjuarai 24 Hours of Le Mans selepas beberapa kali mencuba dan hampir menang tipis. Kemudian, Toyota menang pula Kejuaraan Rali Dunia (WRC) selepas berbelas tahun meninggalkannya.

Ini satu lagi detik indah Toyota apabila Nasser Al Attiyah dan pasangannya, Mathieu Baumel memenangi Rali Dakar. Pasukan Toyota GAZOO Racing SA menang perlumbaan 'gila' dan serba mencabar itu dengan mempertaruhkan jentera Toyota Hilux dan itu ialah kali pertama trak pikap popular tersebut meraih kejayaan seumpama itu.

Pasangan itu melepasi garisan akhir dengan rekod masa 46 minit di depan peserta lain selepas mengharungi 3,000km perlumbaan atas muka bumi mencabar di Peru. Sehari sebelum aksi final, tanda kejayaan sudah hampir apabila mereka berdua menang perlumbaan peringkat ketiga. Kedua-dua pelumba itu juga mempunyai kelebihan apabila tiga pesaing terdekat menghadapi masalah besar.

KEMENANGAN KETIGA BUAT NASSER, PERTAMA UNTUK TOYOTA

nasser-al-attiyah-toyota-hilux-dakar-2019-2
nasser-al-attiyah-toyota-hilux-dakar-2019

Nasser (gambar atas kiri) bukan calang pelumba dan ini ialah kemenangan Rali Dakar ketiga digenggamnya. Lebih manis, ini juga kemenangan kali pertama buat Toyota dan paling menarik, ini ialah kemenangan pertama untuk kenderaan dikuasakan petrol dalam kejuaraan Rali Dakar dalam era Amerika Selatan selepas lokasi rali dipindahkan ke Peru dari Dakar di Senegal disebabkan beberapa isu besar.

Pasukan Toyota GAZOO Racing SA mendahului Dakar 2019 sejak awal hingga akhir pusingan dan turut ditimpa masalah. Nasser cedera dan kemudian diambil alih Giniel de Villiers pada peringkat perlumbaan kedua. Nasser kemudian menyambung kembali perlumbaan peringkat ketiga dan mendahului pusingan tersebut.

De Villers yang turut memandu Hilux menghabiskan perlumbaan di tempat kesembilan, manakala sebuah lagi Hilux tamat di tempat ke-10. Jadi, sah kenderaan Toyota memang tahan lasak. Menang di hati pengguna, 24 Hours of Le Mans, WRC dan terbaharu, Rali Dakar!

Presiden Toyota, Akio Toyoda pasti gembira bukan kepalang kerana beliau ialah individu yang memainkan peranan sebagai penggerak di sebalik strategi agresif Toyota dalam sukan permotoran.

BACA >>> Toyota Hilux GR Sport Baharu untuk Pasaran Brazil Diperkenal

Toyota HiLux Rali Dakar

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akio Toyoda, Auto Terkini, Giniel de Villiers, Mathieu Baumel, Nasser Al Attiyah, rali, Rali Dakar, Rali Dakar 2019, sukan permotoran, Toyota, Toyota GAZOO Racing SA, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev