• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Penunggang Motosikal Paling Kurang Stres Atas Jalan

Kajian: Penunggang Motosikal Paling Kurang Stres Atas Jalan

January 18, 2019 By Aryon Leave a Comment

9.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENUNGGANG motosikal bukan setakat menjadi raja jalanan, tetapi juga juara dalam melegakan stres dan memiliki kesihatan mental yang positif berbanding pengguna jalan raya lain.

Ini bukan sembang kosong, tetapi dibuktikan kajian sains dilakukan pakar neurobiologikal di Institut Semel bagi Neurosains dan Tingkah Laku Manusia di Universiti California Los Angeles (UCLA) yang mengkaji bukti saintifik tentang manfaat menunggang motosikal dari segi mental dan fizikal.

BACA >>> Kajian: Ramai Pemandu Silap dan Keliru Tentang Simbol Teknologi Moden Kereta

Kajian yang mendapat suntikan dana daripada Harley-Davidson itu mendapati menunggang motosikal mampu meningkatkan metrik fokus dan perhatian, dan secara relatif menurunkan tahap kortisol, iaitu hormon stres.

Saintis juga merekodkan aktiviti otak dan paras hormon peserta dalam situasi sebelum, semasa dan selepas menunggang, memandu dan berehat.

PENUNGGANG LEBIH FOKUS, LEBIH CERGAS

Hasilnya, ketika menunggang motosikal, peserta meningkatkan fokus deria dan daya tahan terhadap gangguan. Menunggang juga meningkatkan paras adrenalin dan degup jantung, termasuk mengurangkan metrik kortisol, yang boleh dikaitkan dengan aktiviti senaman ringan dan  penurunan stres.

Saintis neuron, Dr Don Vaughn yang mengetuai kajian tersebut, berkata, tahap stres, terutama kalangan dewasa muda berterusan meningkat, dan manusia mula meneroka cara untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Sebelum kajian ini, memang tiada teknologi yang dapat mengukur impak ke atas otak seperti aktiviti bermotosikal.

"Otak ialah organ kompleks ajaib dan ia memang mengujakan kerana dapat menyiasat laporan tentang kesan mental dan fizikal penunggang," katanya.

SUMBER: Motorcycle.com

Related

9.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Dr Don Vaughn, Harley-Davidson, kajian, motosikal, Penunggang Motor Kurang Stres, Penunggang Motosikal, saintis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev