• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Lancar Aerox 155 dan MX King 150 Edisi Doxou Berkonsepkan Sakura

Yamaha Indonesia Lancar Aerox 155 dan MX King 150 Edisi Doxou Berkonsepkan Sakura

January 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

6.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PT YAMAHA Indonesia Motor Manufacturing selaku pengedar rasmi Yamaha di Indonesia membuka tirai 2019 dengan memperkenalkan dua model edisi terhad: Aerox 155 S-Version Doxou (Malaysia: NVX) dan MX King 150 Doxou (Malaysia: Y15ZR).

Skuter dan kapcai edisi terhad Doxou itu ialah model konsep Asean yang dipasarkan di empat negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Filipina. Perkataan Doxou pula diambil daripada Bahasa Jepun, 'Dokusou' yang bermaksud 'keaslian dalam karya'.

BACA >>> #Spyshot: Yamaha Y15ZR V2.0 Jalani Ujian VTA, Kapcai Paling Hangat Akan Tiba!

 

YAMAHA AEROX 155 DOXOU VERSION
YAMAHA MX KING 150 DOXOU VERSION

Dengan konsep 'PLAY-MIUM' aka 'Playful & Premium', dua model versi Doxou itu tampil dengan kombinasi warna Matte Blue (biru kusam) dan Sakura Copper (perang). Paduan dua warna itu menggambarkan inovasi dan trend yang disukai golongan muda di Indonesia.

Warna Matte Blue lebih dominan pada badan motor, manakala warna khas, Sakura Copper diilhamkan daripada model motosikal Yamaha bertemakan Sakura yang pernah dipamerkan di Pameran Motor Tokyo. Kedua-dua model itu nampak menarik dengan grafik pinstrip atau jalur halus pada tayar depan dan belakang. Pelana dijahit dengan sulaman benang biru bentuk Y.

BACA >>> Yamaha NVX (2019) Kini Berwarna Baharu - Harga Naik Sikit Saja, RM9,988

Harga jualan Aerox 155 VVA S-Version Doxou ialah Rp27,650,000 (RM8,012), manakala MX King 150 Doxou, Rp23,200,000 (RM6,722). Murahkan. 😆

GALERI

SUMBER: TMCblog

Related

6.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), roda2, Yamaha, Yamaha Aerox 155 Doxou, Yamaha Aerox 155 S-Version Doxou, Yamaha MX King 150 Doxou, Yamaha NVX (2019), Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my