• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Rusia Berang Kereta Kena Tunda, Buat Aksi Lagak Ngeri Pandu Turun Sendiri

Lelaki Rusia Berang Kereta Kena Tunda, Buat Aksi Lagak Ngeri Pandu Turun Sendiri

January 17, 2019 By Han Othman Leave a Comment

633
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSIDEN serba lucu dan mengharukan ini berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, dekat Moscow, Rusia apabila seorang pemiliki Kia Rio entah dirasuk hantu apa tiba-tiba cuba menurunkan kenderaannya yang berada atas trak tunda.

Kisahnya bermula apabila sebuah Kia putih ditunda polis selepas didapati si pemandu bukan pemilik sebenar kereta tersebut. Hairan juga kenapa suspek tidak menelefon pemilik asal kereta itu yang dimaklumkan sebagai kawannya sendiri, dipanggilnya Vladimir.

BACA >>> Kalashnikov Bikin Motosikal EV untuk Tentera, Polis Rusia

Kata suspek lagi, kawannya Vladimir itu sudah pun menjual kereta tersebut kepadanya menggunakan bayaran kredit, dan maklumat pendaftaran tidak sempat ditukar. Malangnya, apabila diperiksa polis, semua dokumen pemilikan jelas sekali palsu dan tidak sah. Pendek kata, kereta haram!

Suspek yang nampak berang  itu asalnya cuba mengundurkan kereta tetapi tersangkut kerana roda sudah diikat tali tunda. Dia kemudian keluar dan cuba menanggalkan sendiri tali tunda tersebut. Selepas itu terus saja masuk semula ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaannya dengan begitu rakus sekali.

Dan lihatlah akibatnya dalam video di bawah ini:


Menurut Autonews.ru, apa yang dibebelkan lelaki itu ialah;

"Aku ada bengkel sendiri, aku ada pengalaman dan pengetahuan, dan aku dah kira trajektori, dan dapat buat tanpa rosakkan trak tunda atau sesiapa saja. Kalau kereta aku rosak, itu cuma kecil," katanya penuh yakin.

Hmm.. nampaknya kerosakan yang dia perlu tanggung jauh lebih besar daripada kompaun polis. Nah, tengok lagi sekali ulang tayang. 😂


SUMBER: CarScoops

Related

633
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kia Rio, Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Rusia, trak tunda, Vladimir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev