• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van

Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van

January 17, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKARANG ada banyak isu pelik dan sudah biasa jadi kecaman netizen. Projek pelik dan mengundang reaksi kecaman itu ialah perkongsian model antara dua pengeluar atau kumpulan automotif. Antara contoh pengeluar yang selalu jadi 'bahan' ialah Proton dan kedua, pun Proton.

Lagi pelik, pengeluar gergasi seperti Daimler boleh pula bekerjasama dengan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi dalam menghasilkan trak pikap. Bertambah tidak masuk akal, Toyota yang gah dengan skala ekonomi besar turut menjalinkan kerjasama dengan BMW untuk mengeluarkan Supra (2020) baharu.

BACA >>> Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik

VOLKSWAGEN-FORD JALIN KERJASAMA

ford-logo
volkswagen-logo

Terkini, satu lagi gergasi automotif dunia, Volkswagen AG (VW) mengumumkan perjanjian rasmi dengan Ford Motor Company. Fakta ini membuktikan perkongsian dan kerjasama ialah strategi paling ampuh untuk memberikan nafas baharu dalam industri automotif masa kini.

Hakikatnya perkongsian dan kerjasama dua atau lebih pengeluar berbeza sudah lama dipraktikkan dalam industri automotif. Sebagai jenama 'purist', terutama sekali milikan nasional, hakikat itu semestinya pahit ditelan. Namun, apa boleh buat, pasaran semakin sengit dan syarikat perlu terus menjana keuntungan untuk survival.

BACA >>> Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia, Cuma 3 Hari dari Dakar ke Moscow Pandu Volkswagen Amarok

Kerjasama Volswagen-Ford itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) VW, Dr Herbert Diess dan CEO Ford, Jim Hackett. Projek pertama dua pengeluar itu ialah van komersial dan pikap saiz sederhana untuk pasaran global, bermula 2022.

Sekarang, VW memasarkan van komersial seperti Caddy, Crafter dan Transporter, manakala Ford pula mempunyai siri van Transit. Bagi trak pikap saiz sederhana, VW mempunyai Amarok, manakala Ford tidak lain tidak bukan, Ranger dengan memiliki reputasi yang cukup kukuh dan popular.

Kerjasama itu bakal membolehkan VW dan Ford mencapai skala dan kecekapan besar selain dapat berkongsi pelaburan dalam pembuatan kenderaan. Lebih ke hadapan, VW dan Ford menganggarkan kerjasama itu akan menjana keuntungan operasi sebelum cukai tahunan lebih baik, bermula 2023.

BACA >>> #PanduUji: Si Ranggi Kota Ford Ranger XLT+ yang Bukan Klise

Malah, hubungan ini tidak terhad kepada pengeluaran van dan trak pikap sahaja, kedua-dua syarikat turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang seperti kenderaan autonomi, khidmat mobiliti, dan kenderaan elektrik (EV).

VW dan Ford juga terbuka untuk menambah model kerjasama pada masa depan dan ia akan dimaklumkan dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Berikut fakta dan butiran tentang kerjasama VW-Ford:

  • Tidak melibatkan pemilikan bersilang antara kedua-dua syarikat.
  • Akan diselia jawatankuasa bersama diketuai Hackett dan Diess.
  • Ahli jawatankuasa ialah eksekutif kanan kedua-dua syarikat.
  • Jumlah kenderaan ringan komersil VW dan Ford pada 2018 ialah sekitar 1.2 juta unit.
  • Permintaan pikap sederhana dan van komersial dijangka bertambah di peringkat global dalam lima tahun akan datang.
  • Kerjasama akan membolehkan perkongsian kos pembangunan, penggunaan kapasiti pengeluaran masing-masing dan meningkatkan kebolehan dan daya saingan kenderaan. Ini memberikan kelebihan dari segi kos.
  • Walaupun bekerjasama, kenderaan dihasilkan tetap memiliki karakter tersendiri.
  • Ford akan membangunkan dan mengeluarkan trak pikap saiz sederhana untuk kedua-dua syarikat yang dijangka siap seawal 2022.
  • Ford juga berhasrat membangunkan dan mengeluarkan van komersial lebih besar untuk pelanggan Eropah, manakala VW berhasrat menghasilkan van urban.

BACA >>> Volkswagen Arteon UK Dapat Enjin 2.0L yang Lebih Berkuasa - 268hp, 350Nm

Related

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr Herbert Diess, Ford, Ford Ranger, Ford Transit, Jim Hackett, Volkswagen, vw, VW Amarok, VW Caddy, VW Transporter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev