KIA akhirnya mengeluarkan kenderaan paling besar pernah dihasilkannya, dipanggil Telluride, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover 8-kerusi yang dibina berasaskan cita rasa Amerika!
SUV boxy itu terdiri daripada tiga baris tempat duduk yang mampu memuatkan lapan penumpang, termasuk pemandu pada satu-satu masa. Malah kelebihan kapasiti penumpang itu membolehkan SUV itu berada sebaris dengan lawan lain seperti Dodge Durango, Subaru Ascent, Honda Pilot dan VW Atlas.
BACA >>> SUV Premium Kia Telluride Bakal Guna Platform RWD K900?
SUV BESAR YANG LEBIH MEWAH
Kia sebenarnya sudah pun ada SUV tiga baris tempat duduk, iaitu Sorento, dan minivan mesra famili, Sedona. Namun Telluride memberikan lebih kemewahan kepada mereka yang berjiwa lasak.
Rekabentuk luaran nampak begitu maskular, tetapi apabil menjengah ruang kabin, segalanya berbeza dengan pelbagai sentuhan premium dan mewah. Ada pilihan kemasan kulit Nappa dengan sulaman ganda, atau logam gilap dan kayu kemasan kusam.
Telluride turut menawarkan banyak ciri yang sesuai untuk keselesaan keluarga seperti pemanas udara di tempat duduk baris kedua dan kerusi dengan pengudaraan, kerusi baris ketiga boleh lipat dan enam palam USB. Kesenyapan kabin membolehkan suara pemandu dapat didengar hingga kerusi paling belakang. Ada juga pengingat kerusi belakang yang menggunakan sensor ultrasonik untuk mengesan kehadiran orang di belakang supaya tiada penumpang teringgal.
BACA >>> Kia Forte5 (2020) Debut Sebagai Hatchback Kacak
Ciri lain ialah skrin sentuh berwarna 10.25 inci dan sistem audio Harman/Kardon dengan 10 pembesar suara 630 watt, serta tidak dilupakan sistem konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay, dan pengecas wayarles.
TEKNOLOGI TERMAJU
Mengenai ciri bantuan pemandu tidak hanya setakat Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Pantauan Titik Buta (BSM) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA), tetapi ditambah ciri baharu uni seperti Bantuan Pemanduan Lebuhraya (HDA) yang menggunakan sistem LiDAR dan radar untuk mengecam tanda jalan yang membolehkan kenderaan mengawal stereng, memecut dan membrek secara automatik untuk menjarakkan kereta yang dipandu dengan kenderaan depan.
Telluride juga dilengkapkan dengan teknologi keselamatan tinggi untuk memastikan penumpang kekal selamat, termasuk juga pengguna jalan raya lain.
BACA >>> Trak Pikap Pertama Hyundai Sudah Siap, Akan Muncul Secepat Mungkin!
Di bawah bonet ialah enjin 3.8L V6 berkuasa 291hp dan tork 355Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Ia boleh dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan tetapan kunci untuk mengasingkan kuasa antara roda depan dan roda belakang secara sama rata.
SUV agam ini juga mampu menunda mana-mana kenderaan hingga seberat 2,267kg, setanding dengan lawan lain. Aspek memandu juga sepatutnya selesa kerana kenderaan ini dilengkapkan suspensi belakang laras sendiri. Bagaimanapun, harga masih belum didedahkan, tetapi ada empat varian bakal ditawarkan dan dijangka di pasaran tahun depan.
GALERI
SUMBER: AutoGuide
Leave a Reply