• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / Selepas Pandu Uji Perodua Aruz di Rawang, Inilah Pandangan Kami...

Selepas Pandu Uji Perodua Aruz di Rawang, Inilah Pandangan Kami...

January 15, 2019 By Admin PanduLaju 8 Comments

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA Aruz baru saja dilancarkan secara rasmi! Jom kita lihat pengalaman pandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) itu di Litar Ujian Perodua, Rawang lebih kurang sebulan lalu. Pandu uji itu sangat ringkas kerana wakil media hanya diberikan peluang melakukan satu pusingan pemanduan.

Dari segi platform, enjin dan transmisi sudah jelas Perodua Aruz meminjam daripada Toyota Rush. Perbezaan paling besar ialah rekabentuk kabinnya dan bahagian luaran yang sedikit berbeza seperti gril, intake udara bawah dan lampu kabus. Perodua turut merekabentuk semula bampar bagi menambah baik efek pekali seretan yang membolehkan model itu mendapatkan status kenderaan cekap tenaga (EEV).

BACA >>> Inilah 7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perodua Aruz - Harga Bermula RM72k!

Menurut Perodua, rekabentuk bampar depan Aruz melalui pelbagai siri ujian simulasi aerodinamik bagi mendapatkan penjimatan minyak lebih baik. Ini turut dibantu ciri mula-henti yang berfungsi mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti dalam situasi lahu.

KUASA SEDERHANA ENJIN 1.5L

Perodua Aruz-8
Perodua Aruz SUV Malaysia_PanduLaju_1
Perodua Aruz-7

Aruz dipadankan enjin 4-silinder 1.5L Dual VVT-i dengan blok aluminium yang dipadankan transmisi automatik kawalan elektronik (E-AT). Pemanduan di Litar Perodua yang dilakukan ialah melibatkan kombinasi laluan lebuh raya dan bukit, dan tidak melibatkan ujian kelajuan tinggi.

Memandu atas laluan berbukit dalam halaju biasa atau sederhana sudah cukup menggerakkan Aruz tanpa membebankan enjin. Sebagai SUV urban, kuasa dihasilkan memang sudah memadai. Bagaimanapun, jika kaki menginjak pedal minyak lebih dalam, atau cuba memecut, barulah terasa stres ke atas jentera yang dilontarkan menerusi ngauman enjin yang meligat tinggi.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

Tindak balas enjin dan kotak gear  tidak jauh berbeza dengan prestasi Rush atau Avanza. Dalam erti kata lain, Aruz sesuai dipandu dalam halaju sederhana tinggi di lebuh raya dengan purata kelajuan sekitar 120kmj. Jika lebih laju, enjin akan mula rasa berat dan menderum akibat kekurangan tork. Tetapi ini bukan pandu uji menyeluruh di atas lebuh raya sebenar.

STERENG RINGAN

Perodua Aruz Advance Malaysia_PanduLaju_18
Perodua Aruz Advance Malaysia_PanduLaju_26
Aruz X_ Interior

Tetapan suspensi memuaskan ketika melalui permukaan berbatu atau memanjat pembahagi jalan. Masih selesa tanpa merasai sebarang kesan hentakan langsung ke dalam kabin. Kawalan stereng Aruz kurang tajam dan tepat, normal bagi sebuah SUV bertubuh tinggi, tetapi cukup responsif untuk memenuhi kehendak pemandu. Tahap gegaran juga rendah.

Kabin Aruz berbeza dengan Rush. Perodua memilih satu tona hitam bagi menyerlahkan imej elegan yang dirasakan sesuai dengan cita rasa pengguna Malaysia. Kemasan kerusi juga lebih baik berbanding Rush. Tawaran 13 tempat pemegang cawan dan palam mengecas di setiap barisan kerusi serta ventilator penyaman udara di tempat duduk kedua cukup praktikal buat penumpang. Ini pasti menjadi ciri istimewa yang memberikan kelebihan buat Aruz.

BACA >>> Bocor! Perodua Aruz Serendah RM72k, Tampil Warna Baharu Amazon Green dan 2 Varian!

Kemasan plastik keras dan lembut dapat dilihat pada papan pemuka dan panel pintu. Tidaklah begitu premium, tetapi berpadanan dengan tanda harga Aruz di pasaran tempatan. Persoalannya, apabila Aruz dilancarkan, apakah agaknya nasib dihadapi Rush nanti?

Mungkinkah UMW Toyota Motor tersilap membawa masuk Rush sedangkan Perodua sendiri berhajat menawarkan model rebadge yang jauh lebih murah. Ataupun pasaran Malaysia hari ini sudah sedia menerima tentang prestij dua jenama berbeza walaupun asasnya sama?

GALERI
Perodua Aruz
enjin Perodua Aruz

Related

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pandu uji, Pandu Uji Perodua Aruz, Perodua, perodua aruz, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak, Toyota Rush (2018)

Comments

  1. Jacksepang says

    January 20, 2019 at 1:06 PM

    Oklah kete ni bagus dah tengok di showroom. Tunngu vios nak abis bayar bulan 5 pastu baru pikir nak ambik ni.

    Reply
  2. Tajul Asiken Razali says

    March 21, 2019 at 10:07 PM

    sakit hati...
    Masa booking beritahu sebln jer...
    Ni dh msuk bln ke 2 msh xdpt kereta

    Reply
  3. zam says

    May 27, 2019 at 8:46 PM

    saya dah booking Aruz dari bulan mac, sekarang dah hujung bulan mei masih tak dapat lagi Aruz.. dah 3bulan menunggu....!! saya nak guna Aruz balik raya ni...Perodua tolong ambil tindakan...!!

    Reply
  4. zam says

    May 27, 2019 at 9:16 PM

    Saya dah tempah Aruz dari bulan mac lagi, tp smpai skrg dh hujung bulan mei masih tak dapat lagi...dah 3bulan menunggu..!! saya nak balik raya dgn Aruz!! perodua tolong ambil tindakan segera!!!

    Reply
  5. Hailmi says

    June 18, 2019 at 9:09 AM

    Top speed berapa?

    Reply
    • Abom says

      July 24, 2019 at 3:24 PM

      250km/h

      Reply
  6. Jeankoyak says

    July 13, 2019 at 4:17 AM

    Produa Arus memang memuaskan hati saya. Berpadanan dengan harganya Aruz memang terbaik.

    Reply
  7. Lahanut says

    August 28, 2019 at 8:50 AM

    Bunyi deruman enjin masa naik bukit agak bising

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev