• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / BMW, The North Face Dedah Konsep Khemah Treler untuk Motosikal

BMW, The North Face Dedah Konsep Khemah Treler untuk Motosikal

January 15, 2019 By Aryon Leave a Comment

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA jadi agaknya kalau motosikal dibenarkan menunda treler? Maksud sebenar treler sebenarnya bukanlah lori atau trak yang ada berbelas-belas tayar seperti yang kita faham, tetapi lebih kepada kabin atau kargo beroda yang ditunda atau ditarik di belakang.

Inilah ditunjukkan BMW dan The North Face pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2019, iaitu lakaran konsep khemah treler yang dibina daripada fabrik dinamakan FutureLight, iaitu material yang sangat kalis air dan lut udara (breathable) berbanding Gore-Tex.

Fabrik 'FutureLight'

Fabrik FutureLight dihasilkan menggunakan teknik pintalan nano, dipanggil nanospinning, dengan menghasilkan lubang dalam fabrik yang cukup kecil untuk membolehkan udara menembus keluar, tetapi pada masa sama kalis air. Ini membolehkan lapisan kelembapan dalam khemah dibebaskan keluar setiap pagi.

Treler khemah dua roda The North Face ini, yang dibangunkan bersama pasukan Designworks BMW, terdiri daripada frem rangka karbon yang dibalut fabrik FutureLight, dan tayar tanpa udara, manakala tetapan ruang tidur disusun seperti gaya katil bertingkat.

BACA >>> 5 Paten Unik Kerusi Fabrik Porsche Ini Buktikan Material Kulit Kadang-Kadang Overrated

Tidak dapat dipastikan sama ada treler khemah ini akan dihasilkan untuk pengguna ataupun cuma sekadar pameran. Apapun, sudah tentu peraturan jalan raya ialah cabaran paling utama merealisasikan rekacipta kreatif seperti ini.

GALERI
treler-khemah-the-north-face-bmw-1
treler-khemah-the-north-face-bmw-4
treler-khemah-the-north-face-bmw-2
treler-khemah-the-north-face-bmw-3
treler-khemah-the-north-face-bmw-5
treler-khemah-the-north-face-bmw-6
treler-khemah-the-north-face-bmw-7

SUMBER: VisorDown

Related

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Auto Terkini, autotainment, BMW, CES 2019, Designwork BMW, Nanospinning, Pameran Elektronik Pengguna (CES), roda2, teknologi, The North Face, treler, Treler Khemah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev