• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #RangerRajaPikap: 10 Sebab Kenapa Mesti Pilih Ford Ranger XLT Plus!

#RangerRajaPikap: 10 Sebab Kenapa Mesti Pilih Ford Ranger XLT Plus!

January 30, 2019 By Han Othman Leave a Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALANGAN peminat jentera pacuan empat roda (4x4) di Malaysia, nama Ford Ranger sejak beberapa tahun kebelakangan ini memang sukar dipisahkan, sentiasa berada dalam senarai teratas trak pikap pilihan. Siapa sangka jenama trak pikap Amerika yang diedarkan wakil pengedar  SDAC-Ford ini mampu membuatkan lawan dari Jepun seperti Mitsubishi dan Toyota mula susah hati.

Persoalannya, apakah rahsia Ford Ranger yang membuatkan jenama itu semakin diminati pembeli dan peminat trak pikap di Malaysia?

BACA >>> #PanduUji: Si Ranggi Kota Ford Ranger XLT Plus yang Bukan Klise

Sebenarnya, tidak perlu lihat jauh pun kerana kita boleh mendapat jawapannya dengan memperincikan spesikasi ditawarkan Ranger XLT Plus sebagai model paling premium dalam barisan trak pikap saiz pertengahan yang ditawarkan SDAC-Ford.

1. Ranger XLT Plus ialah model trak pikap pertama dan satu-satunya yang menawarkan ciri pintu but hidraulik, dinamakan Easy Lift Tailgate. Anda cuma perlu menarik hendal pintu belakang dan biarkan pintu turun sendiri perlahan-lahan ke bawah tanpa perlu menghempaskannya.

2. Kapasiti enjin diesel 2.0L Single Turbo memberikan nilai pemilikan terbaik kepada pembeli Ranger XLT Plus kerana caj cukai jalan rendah.

3. Kecil-kecil cili api, dengan kuasa 180hp @ 3500rpm dan tork 420Nm @ 1,750-2,500rpm, hantaran kuasa Ranger XLT Plus dipadukan transmisi automatik 10-kelajuan dengan SelectShift berserta ciri penghidup tanpa kunci dan punat tekan mula.

4. Ranger XLT Plus menawarkan beban muatan hingga 1,000kg (1 tan) dan ketinggian redahan air hingga 800mm, terbaik dalam kelasnya. Pembeli juga diberikan kerusi kulit, rim 18 inci, lampu projektor HID, lampu siang (DRL) LED, penyaman udara dwi zon dan sistem infotainment SYNC3 dengan skrin paparan 8 inci. Semua diberikan standard untuk model Ranger ini. Menarikkan?

5. Dalam famili Ranger XLT sendiri, beza antara varian XLT (Auto) dan XLT Plus cuma RM8,000 dengan enjin dan transmisi lebih berkuasa, termasuk mendapat semua ciri di atas yang tiada pada XLT (Auto).

ford-ranger-xlt+-pandulaju-8
ford-ranger-xlt+-pandulaju-7
ford-ranger-xlt+-pandulaju-3

6. Senang cerita, Ranger XLT Plus ialah varian Ranger yang boleh dijadikan trak pikap pilihan kerana ciri ditawarkan mampu memenuhi keperluan pemanduan harian sama ada sebagai kenderaan harian, kerja dan gaya hidup.

7. Mari buat perincian, jika anda mencari sebuah kenderaan utiliti, Ranger XLT Plus ialah satu-satunya trak pikap yang ada ciri Easy Lift Tailgate yang memudahkan kerja memunggah dan memuat naik barang.

8. Jika anda mencari kenderaan untuk urusan perniagaan, memiliki Ranger XLT Plus pasti berbaloi kerana tidak perlu bayar cukai jalan tinggi, manakala sistem transmisi 10-kelajuan memberikan tahap penjimatan api terbaik untuk sebarang kerja yang memerlukan anda bergerak ke sana-sini.

9. Kalau mahu dijadikan kenderaan famili, Ranger XLT Plus menawarkan keselasaan sama seperti kereta penumpang kerana trak pikap ini dilengkapi lambakan ciri menarik seperti: kerusi kulit, sistem infotainment SYNC3 dengan skrin 8 inci, dan ciri keselamatan lengkap seperti 2 beg udara depan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan Kawalan Traksi (TC), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Bantuan Daki Bukit (HLA), Mitigasi Oleng (ROM), Kawalan Ayun Trailer (TSC), Kawalan Beban Adaptif (ALC), kamera pandang belakang, dan tetapan MyKey berfungsi sebagai sistem pengingat pemandu selain anda seperti anak atau isteri (lihat demo di bawah).

10. Jika varian Ranger lain sudah cukup menawarkan apa dimahukan peminat trak pikap, Ranger XLT Plus melengkapkan lagi segala keperluan yang diingini pemandu Malaysia pelbagai segmen kenderaan. Jika anda baru kali pertama mahu beralih segmen daripada kereta penumpang biasa kepada sebuah trak pikap harian, Ranger XLT Plus mampu membuatkan anda tersenyum puas hati.


Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi SDAC-Ford, Facebook FordMalaysia, YouTube FordMsia, Instagram fordmalaysia atau muat turun aplikasi mobil Ford MY.

GALERI

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Malaysia, Ford Ranger XLT, Malaysia, Roda4, SDAC-Ford, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev