• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Vietnam Perkenal Scrambler Cafe Racer Versi 2019 dengan Warna Retro

Ducati Vietnam Perkenal Scrambler Cafe Racer Versi 2019 dengan Warna Retro

January 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

869
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI Vietnam baru saja melancarkan model Scrambler Cafe Racer (2019) yang tampil dengan rekabentuk tersendiri, diilhamkan daripada Scrambler 1100 bersama teknologi dipertingkat. Harga pasaran model scrambler itu ialah 410 juta đồng (RM72,203).

Scrambler Cafe Racer ialah tambahan baharu dalam barisan famili Scrambler sedia ada yang diimport Ducati Vietnam selain Full Throttle, Desert Slad dan Icon.

BACA >>> Ducati Scrambler 1100 Muncul Penuh Aksi dalam Filem Terbaru Marvel - Venom

Scrambler (2019) ialah model Ducati yang melambangkan kebebasan dengan menjadikan golongan muda sebagai penunggang sasaran. Berbanding generasi terdahulu, penampulan Scrambler (2019) tidak banyak berbeza. Unik mengenai Scrambler Cafe Racer versi 2019 ialah warna badan biru-kelabu yang serba memikat.  Ia diilhamkan daripada model pertama Ducati Scrambler (1962), termasuk mewarisi banyak karakteristik Scrambler 1100 yang lebih senior.

Penampilan ketara pada rupa depan ialah lampu siang (DRL) baharu dan lampu belakang LED rekaan baharu yang sama seperti Scrambler 1100. Profil jentera ini juga lebih relaks dan mudah dikawal, terutama buat penunggang baharu.

Paparan meter ialah antara kemas kini baharu dilakukan pada Scrambler Cafe Racer (2019) yang memaparkan paras minyak, spidometer, takometer posisi gear, dan masa. Sistem brek mengggunakan khidmat Brembo yang dilengkapkan bersama sistem klac anti-gelincir.

Kapasiti tangki ialah 13.5 liter dengan rekaan retro, sama seperti Scrambler 1100, manakala berat kering jentera ini ialah 180kg. Tinggi pelana 805mm dibalut kulit biru dengan sulaman benang coklat untuk kesan kontras. Karakter paling menonjol tentang cafe racer ialah kowl belakang pelana.

Kemas kini terbaharu Scrambler versi 2019 kini boleh ditemui pada model Cafe Racer. Antaranya sistem redaman yang diubah suai, menggunakan fork depan teleskopik dengan diameter 41mm dan suspensi belakang jenis monoshock Kayaba. Sistem brek menggunakan kaliper Brembo M4.32 4-piston dengan brek cakera 330mm di depan, dan kaliper Brembo 2-piston simetri dengan brek cakera 245mm.

Set roda menggunakan rim 17 inci jenis jejari untuk kedua-dua tayar, depan dan belakang. Akhir sekali ialah enjin, Scrambler Cafer Racer (2019) dijana enjin 803cc L-Twin dengan injap Desmodromic, pengejukan udara berkuasa 75hp @ 8,250rpm dan tork 68.9Nm @ 5,750rpm. Sama seperti Scrambler lain versi 2019, model Cafe Racer turut dilengkapi teknologi ABS Selekoh.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | Ducati Scrambler 1100 Kini Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM83k

Scrambler Cafe Racer ialah antara barisan famili Scrambler yang turut ditawarkan Ducati Malaysia, cuma belum ada sebarang maklumat tentang versi 2019.

GALERI

Related

869
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Scrambler, Ducati Scrambler Cafe Racer, Ducati Vietnam, roda2, scrambler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev