• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harley-Davidson Tayang Skuter Elektrik Konsep, Rancang Masuk Segmen Moped

Harley-Davidson Tayang Skuter Elektrik Konsep, Rancang Masuk Segmen Moped

January 10, 2019 By Aryon Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOPIK hangat dunia dua roda awal tahun ini ialah motosikal elektrik pertama Harley-Davidson, Livewire yang kini sudah dibuka tempahan pada harga taikun AS$29,799 (RM122,640). Namun nafsu pengeluar Amerika Syarikat itu bukan terhenti setakat Livewire saja.

Pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2019 yang dibuka Isnin lalu, Harley-Davidson mempamerkan dua daripada empat motosikal konsep jenama itu. Pertama, dirt bike, dan dua, moped!

BACA >>> Harley-Davidson Livewire dengan Gear Menderum Kini Boleh Ditempah, Harga RM122k!

harley-davidson-topper-2
harley-davidson-topper-3
harley-davidson-topper-1

Pernahkah anda dengar tentang Topper? Sekarang ingat dan ketahuilah, Topper ialah satu-satunya skuter yang pernah dihasilkan Harley-Davidson pada 1960 hingga 1965 dengan rekabentuk yang tidaklah cantik sangat (baca: hodoh). Model tersebut gagal di pasaran selepas kalah teruk kepada moped Jepun yang lebih reliabel dan praktikal.

Kini selepas 60 tahun berlalu, Harley mahu menghidupkan semula segmen moped (baca: skuter) jenama itu di pasaran, tetapi kali ini dalam versi elektrik.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Konsep moped itu ialah sebahagian pelan besar Harley-Davidson yang didedahkan pada musim panas tahun lalu. Dan pengeluar itu nyata tidak main-main kerana selain Livewire, ada juga prototaip motosikal elektrik yang ditayangkan sempena CES 2019. Namun, tiada sebarang perincian didedahkan mengenai motosikal konsep berkenaan. Nama pun tidak dimaklumkan.

harley-davidson-skuter-elektrik-ces2019
harley-davidson-skuter-elektrik-ces2019-4
harley-davidson-skuter-elektrik-ces2019-3
harley-davidson-skuter-elektrik-ces2019-2

Rekabentuk konsep skuter (gambar atas) itu dibina dengan frem trapezoid yang dipasangkan tayar dan pelana. Peg kaki seakan papan luncur ski dan kelihatan juga tali sawat pacu. Tiada lagi kemasan krom yang sinonim dengan model-model cruiser Harley-Davidson. Model konsep skuter ini betul-betul minimalis!

KONSEP DIRT BIKE

harley-davidson-dirt-bike-elektrik-ces2019-2
harley-davidson-dirt-bike-elektrik-ces2019
harley-davidson-dirt-bike-elektrik-ces2019-3

Konsep dirt bike (gambar atas) pula nampak seperti sebuah basikal, lebih kurang sama seperti motosikal elektrik NOVUS berharga jutawan yang pernah kami siarkan. Cuma 'basikal Harley-Davidson' ini tiada pedal. Mungkin inilah fantasi Harley tentang rupa motosikal elektrik masa depan yang mahu dibina mereka. Sekurang-kurangnya jauh lebih menarik daripada Topper 60-an yang aneh.

BACA >>> NOVUS - Motosikal Elektrik yang Elegan dan Penuh Seni, dengan Harga Taikun - RM162k

Adakah model konsep Harley-Davidson ini akan terlaksana dan memasuki barisan pengeluaran sebelum dijual di bilik pameran dalam masa terdekat?

 

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, CES 2019, dirt bike, EV, Harley-Davidson, Harley-Davidson Topper, Kenderaan Elektrik (EV), Moped, motosikal elektrik, motosikal konsep, Pameran Elektronik Pengguna (CES)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev