SELAIN pengenalan Edisi Hitam Volkswagen, pihak Mitsubishi turut mengambil kesempatan melancarkan Special Black Edition bagi model Outlander dan Eclipse Cross. Digelar sebagai The Dark Knights, kedua-dua kenderaan utiliti sukan (SUV) itu didatangkan dengan elemen hitam pada bahagian gril depan, rel bumbung, cermin sisi, dan rim aloi bersaiz 18 inci.
BACA>>>Apakah Pro dan Kontra Mitsubishi Eclipse Cross (2018)?
Melengkapkan imej Black Edition ialah pemasangan 'body wrap' penuh berwarna gelap pada luaran Eclipse Cross dan Outlander. Pada bahagian tengah tersedia sistem multimedia bersaiz 7-inci dengan sambungan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Dari segi janakuasa, Eclipse Cross dikuasakan enjin 1.5 liter turbo MIVEC yang berupaya menghasilkan kuasa 163PS dan tork maksimum 250Nm pada 1,800 - 4,500 rpm.
Penghantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi CVT bersama mod Sports. Di samping itu, Mitsubishi turut memperkenalkan warna baharu Red Diamond (merah) bagi model Eclipse Cross. Untuk keselamatan pengguna, Eclipse dilengkapi dengan ciri terkini seperti Sistem Mitigasi Pelanggaran Depan, Lampu Suluh Tinggi Automatik, dan juga Bantuan Mula Mendaki.
Pada pendapat anda, molek atau tidak jika Mitsubishi Motor Malaysia membawa masuk SUV kompak ini ke pasaran tempatan?.
GALERI
Leave a Reply