• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Eksport Model Preve Ke Pasaran Chile

Proton Eksport Model Preve Ke Pasaran Chile

March 1, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

560
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Eksport Preve Ke Chile

PROTON mengorak langkah lebih agresif dengan mengeksport Proton Preve pemanduan sebelah kiri (LHD - Left hand drive) ke pasaran San Antonio, Chile.

Buat fasa pertama, Proton akan mengeksport sebanyak 50 unit Preve dan diikuti dengan model Exora dan saga. Model Preve dan Exora dijangka akan dilancarkan di Chile pada Mei 2016 dan diikut dengan Saga pada November 2016.

Proton Eksport Preve Ke Chile

Menerusi pengedarnya di Chile, Andes Motor, Proton menyasarkan penjualan 1,000 unit bagi ketiga-tiga model itu sepanjang 2016.

Andes Motor yang juga anak syarikat Kaufmann Group menjadi penedar sah Proton di Chile selepas menandatangani perjanjian pengedaran pada 1 Julai 2015. '

Proton Eksport Preve Ke Chile    Proton Eksport Preve Ke Chile

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, Proton Preve akan dijual pada harga $17,000 (RM71,179) seunit dan pihaknya teruja dapat memasuki semula pasaran Chile selepas mengeksport model Wira terakhir pada 1998.

" Sebanyak 3,000 unit kenderaan sudah terjual dari 1994 hingga 1998 di pasaran Chile dan ini adalah peluang terbaik untuk kembali di sana.

" Ketiga-tiga model ini akan dipasarkan di sekitar bandar-bandar utama seperti Santiago, Concepcion Vina La Serena, Antofagasta dan Valdivia Temuco Osorno," katanya.

Proton Eksport Preve Ke Chile

Berikut adalah antara varian yang akan dieksport ke pasaran Chile.

PROTON PREVE:

  • 1.6 Standard MT
  • 1.6 Executive MT
  • 1.6 Premium CVT

PROTON EXORA:

  • 1.6 Premium CVT

PROTON SAGA:

  • Saga FLX 1.6 Standard MT
  • Saga FLX 1.6 Premium MT

 

Related

560
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Chile, Datuk Abdul Harith Abdullah, Eksport, exora, preve, Proton, Saga, San Antonio

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev