• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Adakah Ini Proton X70 Versi CKD? Bakal Guna Enjin 1.5L TGDI 7-Kelajuan DCT?

Adakah Ini Proton X70 Versi CKD? Bakal Guna Enjin 1.5L TGDI 7-Kelajuan DCT?

January 8, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton X70 Versi CKD MalaysiaKAMI baru saja terima beberapa foto yang dikatakan sebagai Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD). Berdasarkan kiriman itu, foto berkenaan yang diambil Mohd Mfh berjaya mengesan unit ujian Proton X70 di sekitar Ayer Hitam, Johor Bahru.

Dari segi luaran, rekaannya tampak sama dan tidak berubah melainkan kehadiran pelekat penyamaran pada bahagian depan dan belakang. Mungkin ia akan menerima beberapa penambahbaikan pada masa akan datang.

Lebih menarik, rekaan dalaman memberikan sedikit kejutan di mana kehadiran tuil gear baharu dan ia kelihatan berbeza dengan Proton X70 sedia ada.

Mengikut maklumat kami terima, kemungkinan pihak jurutera Proton sedang menjalani ujian enjin baharu iaitu 1.5L TGDI bersama kotak gear transmisi 7-kelajuan DCT. Tambahan, Geely juga dikatakan sedang menjalani ujian kotak gear baahru itu. Persoalannya, adakah betul foto ini bakal jadi Proton X70 versi CKD?

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Pandangan Kami Mengenai Proton X70

Dalaman Proton X70 Versi CKD MalaysiaPROTON X70 CBU CHINA

Sedikit maklumat mengenai Proton X70 yang baru dilancarkan Disember lalu. X70 ialah model SUV pertama Proton yang hadir dalam empat varian. Ia dijual pada harga bermula RM99,800 hingga RM123,800. Lebih menarik, harga ini juga sama untuk jualan di Sabah dan Sarawak.

Aspek mekanikal, Proton X70 versi CBU dari China itu mengunakan enjin 1.8TGDi @ Turbocharged Gasoline Direct Injection berkuasa dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 182hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,700-4,400rpm). Kotak gear pula jenis automatik 6-kelajuan, siap dengan mod manual dan boleh pilih hendak beli varian 2WD atau AWD.

Menarik tentang Proton X70, antara ciri standard diberikan untuk semua varian ialah infotainment skrin sentuh 18 inci dengan kamera pandang belakang, dan 6 slot USB iaitu di sisi konsol tengah (2), belakang konsol tengah (2), ruang simpanan konsol (1) dan belakang cermin pandang belakang (1).

Menurut Proton, slot USB di belakang cermin pandang belakang dikhaskan untuk kamera pemuka (dashcam), jadi tiada lagi kabel berselirat dan berjuntai di depan stereo.

Malah, ciri paling moden ialah arahan suara aka voice command, dinamakan GKUI, diberikan sebagai standard untuk semua varian X70 yang membolehkan pengguna menyebut beberapa ayat asas untuk melakukan operasi kereta seperti radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca, dan pengecaman suara.

Ciri keselamatan standard untuk semua varian pula ialah 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Brek Pegun Automatik (ABH), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC), dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

BACA >>> 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Proton X70

belakang Proton X70 Versi CKD Malaysia

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin proton x70 ckd, harga proton x70 ckd, Proton X70, proton x70 ckd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev