• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harley-Davidson Livewire dengan Gear Menderum Kini Boleh Ditempah, Harga RM122k!

Harley-Davidson Livewire dengan Gear Menderum Kini Boleh Ditempah, Harga RM122k!

January 8, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN ini Harley Davidson Livewire  akan mula berada di pasaran. Terbaharu, pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu mendedahkan beberapa perincian terkini mengenai cruiser elektrik itu yang akan dijual pada harga AS$29,799 (RM122,640).

Motosikal tersebut akan didatangkan dengan beberapa ciri termaju seperti pusat media LTE (4G), Kawalan Traksi (TCS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan bantuan Unit Unjuran Inersia (IMU). Pecutan 0-100kmj dapat dicapai sepantas 3.5saat, manakala jarak tunggangan dalam bandar mampu ditunggang sejauh 177km.

BACA >>> Model Elektrik, Harley-Davidson LiveWire (2019) Debut Tahun Depan

Harley Davidson Livewire9
Harley Davidson Livewire1
Harley Davidson Livewire7

Angka itu sebenarnya tidaklah begitu mengagumkan, tetapi setanding jentera cruiser tipikal. Pengumuman harga jentera itu bermaksud Livewire kini sedia ditempah secara atas talian dan proses enghantaran akan bermula pada musim luruh di AS.

Bagaimanapun, pasaran global lain perlu menunggu lebih lama untuk menerima model tersebut. Mengenai deruman ekzos yang menjadi signatur jentera Harley-Davidson, bagi kes Livewire, pengeluar itu menghasilkan bunyi khas tersendiri untuk model elektrik itu yang akan berbunyi ketika memecut dan menambah kelajuan. Bunyi futuristik itu juga memberi indikator tentang kelancaran dan kuasa elektrik motosikal berkenaan.

BACA>>>Jualan Merosot, Harley-Davidson Rancang Keluarkan Motosikal Elektrik 18 Bulan Lagi

Difahamkan, bunyi deruman itu datang daripada gear Livewire dan bukan bunyi buatan yang dilontarkan pembesar audio. Menarikkan?

GALERI

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cruiser Elektrik, Harley Davidson Livewire (2019), Harley-Davidson, Harley-Davidson Livewire (2020), motosikal elektrik, motosikal EV, motosikal kruiser, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev