• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pega NewTech - Skuter EV Vietnam Tawar Promosi Pra Tempahan, 22J Dong (RM3.8k)!

Pega NewTech - Skuter EV Vietnam Tawar Promosi Pra Tempahan, 22J Dong (RM3.8k)!

January 7, 2019 By Han Othman Leave a Comment

851
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal elektrik dari Vietnam, Pega melancarkan model skuter terbaharu jenama itu, NewTech dengan menampilkan rekabentuk ala maksi konvensional. Model elektrik ini mampu memecut hingga kelajuan maksimum 60kmj dan bergerak sejauh 90km dengan sekali cas penuh.

NewTech tampil dengan rekabentuk eksklusif unik dengan ciri lampu LED, dan rupa depan seperti ada dua kepala, atas dan tengah. Dari jauh memang tidak sukar mengenali skuter ini kerana penampilannya yang memang berbeza dengan skuter biasa lain.

BACA >>> Rumble - Moped Elektrik dengan Bunyi Ekzos untuk Lebih Nikmat Menunggang

Model ini dilengkapi motor 1,500w yang mampu mencapai had maksimum 2,250w, regulator kelajuan dengan algoritma termaju, dan brek cakera hidraulik pintar dengan absorber berkualiti tinggi. Enjin juga direka supaya muda mendaki dan meredah permukaan jalan raya kurang sempurna.

Ciri utama menarik skuter ini ialah kemampuan menghubungkan sistem Bluetooth dan palam USB untuk mendengar muzik, dan mengecas telefon hampir di semua lokasi. Pega turut melengkapkan skuter ini dengan ekstra cahaya dalam ruang simpanan untuk memudahkan penggguna melihat ketika gelap.

Model elektrik baharu Pega ini diperkenalkan pada harga promosi, iaitu 25 juta đồng (RM4,420) sahaja. Jika buat tempahan awal, pelanggan akan mendapat harga istimewa, iaitu 22 juta đồng (RM3,890). New Tech akan dilancarkan bulan ini.

BACA >>> SYM Star SR 170 (VF3i Versi Vietnam) Lancar, Lagi Mahal daripada Yamaha dan Honda

GALERI
pega-newtech-1
pega-newtech-2
pega-newtech-3
pega-newtech-4
pega-newtech-5
pega-newtech-6
pega-newtech-7
pega-newtech-8
pega-newtech-9
pega-newtech-10

SUMBER: Pega.com

Related

851
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev