• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Ramai Tidak Tahu Toyota-Yamaha Pernah Bekerjasama Jual Trak Pikap

#RetroAuto: Ramai Tidak Tahu Toyota-Yamaha Pernah Bekerjasama Jual Trak Pikap

January 4, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YA, ramai tidak tahu yang Yamaha dan Toyota suatu masa dulu pernah menjalinkan kerjasama menarik selama beberapa tahun untuk menjual trak pikap.

Sebelum itu, Yamaha pernah merekabentuk dan membekalkan enjin untuk beberapa model Toyota daripada Celica dan MR2 hingga jentera klasik, 2000GT, manakala Toyota pula pada 1970-an menghasilkan trak pameran dipanggil Yamahauler yang dipromosikan sebagai pikap kecil untuk mengangkut motosikal (semestinya Yamaha).

BACA >>> Trak Pikap Toyota Generasi Pertama Hangat di Pasaran dek Penangan Animasi 'Toy Story'

yamahauler-1
1974-Toyota-Truck-1
1974-Toyota-Truck-2
1974-Toyota-Truck-4
1974-Toyota-Truck-3
yamahauler-8

Pada 1974, Toyota memperkenalkan trak pikap Hilux versi bed-panjang, yang dinamakan Toyota Truck. Bagi menunjukkan saiz bed yang besar dan panjang, Toyota pun menghasilkan Yamahahauler, yang digunakan meluas dalam iklan dan sebagai kenderaan promosi pengeluar kereta itu. Trak pikap khas itu menawarkan ciri tambahan yang tiada pada trak standard seperti bed berkarpet, kerusi buket dengan strip 70-an, rim Cragar dan warna kustom sentuhan Molly Design.

Beberapa media permotoran pada masa itu mendakwa Yamahauler menggunakan suspensi belakang independen dan brek cakera Jaguar XKE. Ia juga memiliki pengecas turbo AK Miller dengan boost 7psi. Tidak seperti kenderaan moden hari ini, enjin turbo pada dekad itu dianggap sesuatu yang hebat. Cuma kebelakangan ini barulah turbo semakin banyak digunakan trak pikap berenjin petrol seperti Ford F-150 EcoBoost.

Yamahauler itu sendiri tidak dijual kepada umum, tetapi memiliki saiz bed sepanjang 7 kaki 2 inci, melebihi saiz biasa sebuah motosikal. Ia jelas menjadi salah satu strategi Toyota untuk menarik perhatian komuniti motosikal. Malah, Yamahauler ialah trak kecil yang bukan saja menawarkan bed-panjang, tetapi juga ketinggian rendah berbanding pikap lain di Amerika ketika itu, sekali gus memudahkan satu atau dua motosikal diangkut dan dipunggah.

BACA >>> Toyota Hilux 'Invincible 50 Chrome' Sempena Ulang Tahun ke-50 dengan Ekstra Krom

Toyota menyusulkan promosi Yamahauler kedua pada 1979, tetapi kali ini sebagai versi kustom untuk dijadikan hadiah utama dalam satu pertandingan. Sebelum itu, pada 1972, majalah kustom, Hot Rod membina sebuah projek van Dodge (gambar bawah) yang juga dipanggil Yamahauler. Majalah itu juga memberikan van tersebut sebagai hadiah pertandingan yang dianjurkan pengedar Yamaha.

yamahauler-5
yamahauler-2
yamahauler-7
yamahauler
yamahauler-4
yamahauler-3
yamahauler-6

SUMBER: RideApart

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Dodge, Retro Auto, sejarah, Toyota, Toyota Truck, Toyota Yamahauler, Trak pikap, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev