• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Dedah Imej Pertama SUV Coupe FY11, Pesaing Mercedes GLC Coupe, BMW X4?

Geely Dedah Imej Pertama SUV Coupe FY11, Pesaing Mercedes GLC Coupe, BMW X4?

January 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY Auto buat kali pertama mendedahkan imej rasmi  kenderaan utiliti sukan (SUV) coupe dengan kod FY11. Sebagai sebahagian usaha mengembangkan portfolio syarikat itu, SUV tersebut bakal diperkenalkan pada suku pertama tahun ini.

Sebagai model pertama dibina berasaskan Arkitektur Modular Kompak (CMA) yang dibangunkan bersama Volvo di Jerman, FY11 ialah bayangan kepada model Mercedes-Benz GLC Coupe dan BMW X4.

BACA >>> Geely Dedah Nama MPV VF11, Model Pengganti Exora Menjelang 2020?

Platform itu juga digunakan untuk model Volvo XC40 dan model di bawah jenama Lynk & Co. Rekabentuk FY11 diserlahkan menerusi gril signatur kosmos kecil dengan garis bahu lebih maskular. SUV itu juga dipadankan lampu siang (DRL) baharu yang digayakan dengan anak panah digital (digital arrow).

BACA >>> Geely Hasilkan Platform Sendiri untuk Kenderaan Segmen-B, Model SUV Jadi Perintis

 

Tidak ketinggalan, produk baharu Geely itu juga meminjam gaya lampu belakang Borui GE dengan kemasan krom melintang yang tertera perkataan Geely. Difahamkan, FY11 bakal menggunakan trenkuasa sama seperti Borui GE, iaitu 3-silinder 1.5L turbo hibrid plug-in (PHV) berkuasa 177hp dan tork 255Nm.

Buat masa ini, nama model SUV coupe itu masih belum diketahui, tetapi ada beberapa nama bayangan yang didaftarkan Geely, iaitu  Fengyue, Geyue, Haoyue, Jinyue, Xingyue dan Zhiyue. Kental sungguh mahu guna nama Cina.

Related

428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arkitektur Modular Kompak (CMA), Auto Terkini, BMW X4, Compact Modular Architecture (CMA), FY11, Geely, Geely Auto, Mercedes-Benz GLC Coupe, Roda4, SUV, SUV Coupe, Volvo, Volvo XC40

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev