• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Perkenal Aksesori Menarik untuk Skuter Maksi Tonggek, Lexi

Yamaha Indonesia Perkenal Aksesori Menarik untuk Skuter Maksi Tonggek, Lexi

January 3, 2019 By Aryon Leave a Comment

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA dari seberang, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) menyambut 2019 dengan memperkenalkan barisan aksesori untuk model automatik Lexi yang terkenal dengan julukan skuter bontot (tonggek) di kalangan penunggang motosikal di negara jiran sana.

Menurut YIMM, setiap aksesori ditawarkan mempunyai fungsi khas buat pemilik skuter itu seperti pelana rendah, kotak belakang Top Box 30 liter, pemegang @ carrier belakang, braket penyandar belakang, penyandar belakang dan kit pengecas USB. Setiap satu akseosri dijual berasingan.

BACA >>> Yamaha Lexi 125 Rasmi Lancar di Indonesia - Harga Rp20 Juta (RM5,800)

Pelana rendah misalnya, dapat memberikan posisi duduk yang lebih rendah 3sm berbanding versi standard, sesuai buat penunggang dengan ketinggian 159sm. Jadi tidak perlu menjinjit ketika berhenti di lampu isyarat. Material pelana ialah jenis kulit sintetik, dan boleh terus dipasang begitu saja selepas menanggalkan pelana asal.

Carrier belakang pula berfungsi sebagai braket untuk menampung kotak belakang Top Box tanpa mengganggu keselesaan pembonceng. Malah, ada juga set braket untuk unit penyandar belakang dengan pad lembut daripada kulit sintetik. Kit pengecas USB pula siap dilengkapkan indikator lampu LED.

Berikut harga aksesori Lexi:

  • Pelana rendah - Rp350,000 (RM100)
  • Kotak barang Top Box 30 liter Yamaha dengan kit sokong - Rp980,000 (RM280)
  • Carrier belakang Shad - Rp450,000 (RM128)
  • Braket penyandar belakang Shad - Rp390.000 (RM111)
  • Penyandar belakang Shad - Rp450,000 (RM128)
  • Kit pengecas USB - Rp110,000 (RM31)

Lexi ialah skuter maksi yang dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi Blue Core berkuasa 11.7hp dan tork 11.3Nm serta dipacu transmisi V-Belt. Kapasiti bahan api ialah 4.2 liter. Lexi tidak dijual untuk pasaran Malaysia.

Jika dalam barisan skuter tempatan, status Lexi ialah sebagai skuter maksi aras mula, di bawah XMAX (250cc) dan NMAX (155cc). Enjin Lexi juga lebih kecil daripada skuter sport NVX (155).

GALERI

Related

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: aksesori, Aksesori Yamaha Lexi, Indonesia, roda2, skuter, skuter maksi, Yamaha, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha Lexi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my