• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Rumble - Moped Elektrik dengan Bunyi Ekzos untuk Lebih Nikmat Menunggang

Rumble - Moped Elektrik dengan Bunyi Ekzos untuk Lebih Nikmat Menunggang

December 28, 2018 By Aryon Leave a Comment

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka zaman ini dan akan datang kita akan memasuki era revolusi hijau. Ramai menganggap motosikal kurang mencemarkan alam kerana enjin lebih kecil, tetapi faktanya motosikal menghasilkan pencemaran udara 10 kali lebih banyak setiap batu (1.6km) berbanding kereta penumpang atau sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Jadi tidak hairanlah kerana aktivis dan pencinta alam sekitar sangat menggalakan penunggang memilih motosikal elektrik berbanding sebaliknya.

BACA >>> Cake Kalk - Motosikal Elektrik Off-Road dari Sweden yang Ranggi dan Lasak

Menurut Telegraph.co.uk, purata motosikal menghasilkan lebih banyak pencemaran berbanding trak. Malah, lebih keras terotel dipulas, maka lebih banyak pencemaran terhasil. Antara petanda paling mudah dikesan ialah bunyi ekzos. Logiknya mudah, semakin laju sesebuah motosikal, maka lebih banyak petrol perlu dibakar dan lebih bising pula bunyi ekzos mengaum. Tetapi itulah nikmat yang menyelerakan buat penunggang.

MOTOSIKAL EV DENGAN BUNYI EKZOS

Jadi, Rumble Motors cuba menangani semua permasalah tersebut dengan menghasilkan motosikal elektrik, dinamakan Rumble, yang semestinya mesra alam dan sifar emisi, dan paling penting tidak mengabaikan keseronokan menunggang menerusi deruman bunyi ekzos.

Motosikal 2,000W itu mampu memecut pada kelajuan maksimum 70kmj dengan jarak perjalanan 100km untuk sekali cas penuh. Jentera seberat 105kg itu dikuasakan pek bateri litium-ion 60V yang mengambil masa 2-3 jam untuk dicas penuh. Berdasarkan maklumat kempen dana Rumble Motors, itu ialah motosikal elektrik pertama yang didatangkan dengan bunyi enjin.

Rumble Motors ialah syarikat perusahaan keluarga yang berpangkalan di Stockholm, Sweden dan Sacramento, California, Amerika Syarikat. Setiap produk dihasilkan akan diuji dan diluluskan pasukan Rumble Motors sebelum dijual. Moped elektrik ini (dipanggil skuter) sengaja direka seperti rupa café racer klasik supaya penunggang dapat menikmati pengalaman menunggang sebuah cafe racer sebenar dan bukan motosikal teknologi tinggi.

BACA >>> 19 Fakta | Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

Rumble dijual pada harga AS$3490 (RM14,508). Hmmm, ok juga harganya, memang mampu milik, tetapi di Amerikalah. 😛

SPESIFIKASI

RUMBLE

Jarak Roda: 1250 mm
Berat Bersih: 105 kg / 231 lb
Saiz Roda: 110/70R12
Dimensi: 1800 x 460 x 860 mm
Kuasa Motor: 2000W
Jarak per Cas Penuh: 100km
Voltan Bateri: 72V
Masa Mengecas: 2-3 jam
Jenis Motor: Motor hub-wound

GALERI
rumble-moped-1
rumble-moped-2
rumble-moped-3
rumble-moped-4
rumble-moped-5
rumble-moped-6
rumble-moped-7
rumble-moped-8
rumble-moped-10
rumble-moped-11
rumble-moped-12
rumble-moped-13

SUMBER: RumbleMotors

Related

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, roda2, Rumble, Rumble Motors

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev