• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 Terima 15k Tempahan, Varian Premium dan Warna Kelabu Paling Laris!

Proton X70 Terima 15k Tempahan, Varian Premium dan Warna Kelabu Paling Laris!

December 27, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

pandu uji proton x70BARU saja dua minggu dilancarkan, Proton X70 menerima sambutan luas biasa apabila lebih daripada 15,000 unit tempahan diterima. Daripada jumlah berkenaan, 60 peratus memilih varian paling premium.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Datuk Abdul Rashid Musa, sebanyak 1,000 unit Proton X70 sudah dihantar kepada pelanggan manakala selebihnya akan dibuat secara berperingkat.

Tambah Rashid, pihaknya menerima purata 200 hingga 300 unit tempahan Proton X70 sehari  di mana warna paling laris ialah kelabu.

X70 yang juga model SUV pertama Proton diperkenalkan pada 12 Disember lalu dan hadir dalam empat varian. Ia dijual pada harga bermula RM99,800 hingga RM123,800. Lebih menarik, harga ini juga sama untuk jualan di Sabah dan Sarawak.

  • Standard 2WD - RM99,800
  • Executive 2WD - RM109,800
  • Executive AWD - RM115,800
  • Premium 2WD - RM123,800

Manakala Proton X70 didatangkan dengan lima pilihan warna menarik iaitu:

  • Snow White (putih)
  • Armour Silver (perak) - kecuali Executive AWD
  • Jet Grey (kelabu) - kecuali Standard 2WD
  • Cinnamon Brown (coklat) - kecuali Standard 2WD dan Executive AWD
  • Flame Red (merah) - Premium 2WD sahaja

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Pandangan Kami Mengenai Proton X70

ENJIN 1.8L TGDI

Aspek mekanikal, Proton X70 mengunakan enjin 1.8TGDi @ Turbocharged Gasoline Direct Injectionberkuasa dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 182hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,700-4,400rpm).  Kotak gear pula jenis automatik 6-kelajuan, siap dengan mod manual dan boleh pilih hendak beli varian 2WD atau AWD.  

Menarik tentang X70, antara ciri standard diberikan untuk semua varian ialah infotainment skrin sentuh 18 inci dengan kamera pandang belakang, dan 6 slot USB iaitu di sisi konsol tengah (2), belakang konsol tengah (2), ruang simpanan konsol (1) dan belakang cermin pandang belakang (1). Menurut Proton, slot USB di belakang cermin pandang belakang dikhaskan untuk kamera pemuka (dashcam), jadi tiada lagi kabel berselirat dan berjuntai di depan stereo.

Malah, ciri paling moden ialah arahan suara aka voice command, dinamakan GKUI, diberikan sebagai standard untuk semua varian X70 yang membolehkan pengguna menyebut beberapa ayat asas untuk melakukan operasi kereta seperti radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca, dan pengecaman suara

BACA >>> 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Proton X70

Ciri keselamatan standard untuk semua varian pula ialah 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Brek Pegun Automatik (ABH), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC), dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

Setiap pembelian didatangkan bersama pakej:

  • Pakej Servis Xtra
  • Kadar Pembiayaan Rendah Xtra
  • Perlindungan Waranti Xtra
  • Pakej Data Xtra
pandu uji proton x70

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin proton x70, harga proton x70, harga suv proton, Proton X70, proton x70 paling laku, SUV Proton, tempahan proton x70

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my