ADAKAH ini sebuah Honda Cub atau sebuah cafe racer?
Apabila sebut tentang Honda Cub, kita mungkin fikir sama ada itu versi baharu (Super Cub) dengan ciri moden dalam rupa retro, ataupun versi original (siri-C) yang dijual lebih 100 juta unit seluruh dunia. Kita mungkin tidak pernah terfikirkan tentang cafe racer yang sporty. Namun, itulah dilakukan tuner Thailand, K-Speed, iaitu mengubah suai sebuah Super Cub menjadi cafe racer berwajah ekstrem.
Modifikasi ini dilakukan K-Speed dengan kerjasama rakan pembina, Storm Aeropart yang bertanggungjawab menghasilkan konsep Super Cub yang sporty.
BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Honda Rebel 300 - Daripada Bobber Moden Kepada Café Racer
Penampilan paling ketara ialah warna coklat di luar kebiasaan warna tradisi Honda, yang biasanya berwarna cerah. Malah, ia juga bukan warna kebiasaan motosikal hari ini, tetapi lebih kepada warna model dua roda era 60-70-an, dan ia tampak sesuai dengan sebuah cafe racer.
Kemasan plastik hitam dan coklat memberikan rupa unik dan sporty, terutama dengan 'lohong laju' pada fairing sisi. Belakang motosikal turut mengalami perubahan signifikan yang dipadukan bersama pelana kustom. Kedua-dua roda mendapat penutup rim gentian karbon, dan turut dipasangkan brek cakera berbanding versi asal yang cuma brek dram.
K-Speed Super Cub ini juga dipasangkan swingarm dan suspensi belakang yang panjang. Enjin 109cc standard kekal tidak berubah dengan ekzos Diablo untuk lebih ngauman deruman. Bar hendal, grip, spidometer dan peg kaki baharu melengkapkan transformasi Super Cub ini kepada jentera cafe racer yang betul-betul menarik perhatian.
BACA >>> #BikinMotor: Honda GL400 (1981) Versi Cafe Racer, 100 Peratus Berubah Wajah
Peliknya, laman web K-Speed tidak memaparkan sebarang modifikasi Cub walaupun ubah suai terbaharu ini ialah model keempat. Mungkin tidak sanggup menerima panggilan bertalu-talu yang minta Honda Cub masing-masing diubah suai.
GALERI
SUMBER: RideApart
LightRider says
Aryon, tu bukan "cafe racer" la
moped yang hanya diubah suai menjadi "sporty moped".
Motosikal Cafe Racer bukan Cafe Racer kalau takda "clip on" handlebar.
AO says
Acah cafe racer ja. Macam streetbike tukar jadi superbike, tetap bukan superbike yang real