• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Rocket III - Cruiser Prestasi Tinggi Berkuasa 180hp Bakal Lancar 2019

Triumph Rocket III - Cruiser Prestasi Tinggi Berkuasa 180hp Bakal Lancar 2019

December 24, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

377
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH bakal melancarkan model Rocket III serba baharu tahun depan. Difahamkan spesifikasi dan gaya baharu jentera itu akan menjadi senjata utama menentang Ducati Diavel baharu. Lskaran rasmi rekabentuk jentera tersebut didedahkan pada Persidangan Tahunan Triumph, lewat Oktober lalu.

Triumph juga mempamerkan model ujian prapengeluaran sempena persidangan berkenaan. Bagaimanapun, buat masa ini masih tiada pengesahan kemunculan semula Rocket III,  tetapi ia dijangka dilancarkan tahun depan.

BACA >>> Triumph Perkenal Bonneville Bobber Edisi Hitam, Kini Lebih Ganas

Menurut Triumph, Rocket III akan menggunakan enjin baharu 3 sebaris 2.5L berkuasa 180bhp. Kemungkinan trenkuasa itu turut digunakan utnuk semua barisan model baharu Rocket. Tambahan kepada output kuasa besar yang mungkin melebihi Diavel dalam angka  lebih 21hp, tork Rocket III juga khabarnya melebihi 230Nm di bawah 3000rpm, lebih kurang 80 peratus lebih tinggi berbanding Diavel yang dihantar pada julat pertengahan rev.

PRESTASI CRUISER

Selain menunjukkan Rocket III sebagai jentera cruiser berprestasi tinggi, model itu dipadankan fork besar dengan kaliper Brembo M50 dan cakera apung 330mm. Rim aloi tuang depan dan belakang didatangkan dengan rekabentuk baharu.

BACA >>> Hasil Garapan Mr Martini, Legenda Kawasaki 70-an Jadi Inspirasi Vulcan 70

Duduk atas swingarm sebelah tunggal, Rocket III dipasangkan dwi ekzos besar. Bahagian pelana direka lebih berlekuk ke dalam untuk mengekalkan posisi punggung penunggang ketika memecut laju. Pad pelana untuk pembonceng sedikit kecil.

Lampu belakang diletakkan sedikit tinggi. Posisi menunggang berada di tengah jika dilihat lakaran dan model prapengeluaran. Pada masa sama lakaran juga menunjunkkan kedudukan mounting peg kaki yang diletakkan sedikit ke depan.

REVOLUSI TEKNOLOGI

Dari segi keselamatan, Rocket III bakal menerima teknologi IMU, kawalan traksi, ABS selekoh spesifikasi tinggi dan beberapa mod tunggangan. Ia juga bakal dilengkapkan papan pemuka TFT penuh dengan paparan multimod dan sambungan Bluetooth dengan GoPro dan Google Maps. Sistem pencahayaan akan didatangkan dengan ciri LED bersama lampu siang (DRL).

BACA>>>Ducati XDiavel (2019) Perkenal Warna Baharu Lebih Agresif, Berkarakter

Mengenali Triumph, prestasi cruiser Rocket III akan menjadi pemangkin kepada famili baharu model yang menggunakan platform enjin dan casis sama. Walaupun Triumph tidak menafikan ataupun mengesahkan berita mengenai Rocket III baharu, model itu dijangka melakukan debut pada 2019 dan berada di pasaran seawal musim panas 2019.

SUMBER: MCN

Related

377
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, motosikal kruiser, roda2, Triumph, Triumph Rocket III

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my