• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha YZF-R1 GYTR Edisi Aniversari dengan Prestasi Hampir Menyamai Jentera MotoGP

Yamaha YZF-R1 GYTR Edisi Aniversari dengan Prestasi Hampir Menyamai Jentera MotoGP

December 20, 2018 By Aryon Leave a Comment

7.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN ini genap usia Yamaha R1 yang ke-20 tahun sebagai sportbike dunia yang tampil dengan kredibiliti cukup gah dari segi pengendalian, berat badan ringan dan kuasa setinggi 150hp. Kehadiran R1 berjaya menenggelamkan kelibat Honda Fireblade, yang digelar raja gunung, dan menetapkan standard baharu rekabentuk sportbike moden.

BACA >>> #EICMA2018: Yamaha Dedah R1 dan R3 GYTR, Model Edisi Khas Lumba Trek

Yamaha sudah mula meraikan ulang tahun dengan memenangi  perlumbaan Suzuka 8 Hour buat kali keempat berturut-turut, dan kini bersedia memperkenalkan model khas edisi aniversari ke-20, YZR-R1 GYTR.

R1 YANG SPESIAL

yamaha-yzf-r1-gytr-15
yamaha-r1-blue

Aspek paling ketara pada R1 spesial ini ialah skema warna merah dan putih, berbeza berbanding warna tradisi Yamaha, biru (foto atas kanan). Skema warna itu mengimbau semula kelibat R1 asal ketika diperkenalkan pada 1998. Setiap model edisi terhadi ini dipasang khas pasukan perlumbaan Yamaha, dan bukan dikeluarkan daripada barisan pengeluaran biasa di kilang. Malah prestasi dihasilkan hampir menyamai jentera MotoGP!

R1 GYTR juga menjalani ujian dyno penuh, dan juga penukaran minyak pertama. Setiap pemilik baharu akan dijemput menghadiri sesi Yamaha Racing Experience, tahun depan dengan menunggang jentera sendiri yang ditala khas. Setiap model juga memiliki plak nombor peribadi pada yok atas.

R1 GYTR juga mendapat beberapa komponen prestasi seperti rupa badan yang dipenuhi kemasan gentian karbon, termasuk dipasangkan ekzos Akrapovic, brek Brembo, suspensi Öhlins dan tayar slik Bridgesone yang sesuai untuk kegunaan atas trek. Sebelum terlupa, Yamaha mengingatkan, model ini tidak sah digunakan atas jalan.

BACA >>> Hamilton Jatuh Ketika Tunggang Uji Yamaha R1 WorldSBK di Sepanyol

Jika berminat, sediakan wang berjumlah AS$44,900 (RM187,862), tetapi jika belum buat sebarang tempahan, mungkin boleh lupakah hajat anda itu. Kami yakin stok sudah pun habis ditempah kerana cuma 20 unit dihasilkan sempena edisi ulang tahun ke-20 ini.

GALERI

Related

7.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GYTR, roda2, sportbike, superbike, Yamaha, Yamaha R1, Yamaha YZF-R1, Yamaha YZF-R1 GYTR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev