Pada April lalu, Haval Malaysia mempamerkan model H9 sempena Malaysia Autoshow 2018. Nampaknya kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) itu semakin hampir selepas dimaklumkan bakal tiba pada suku pertama tahun depan, iaitu sekitar Mac 2019.
Namun kepada anda yang mahu melihat model itu lebih jelas, boleh mengunjungi pusat jualan Haval Glenmarie, Shah Alam. Haval Malaysia turut membuka tempahan H9 kepada pelanggan. Berdasarkan maklumat terkini, cuma satu varian ditawarkan, iaitu Comfort.
BACA >>> HAVAL H9 dan H8 Kini Ditayang di Malaysia, Masuk Pasaran Tempatan Disember Ini?
ENJIN TURBO 2.0L
SUV 7-kerusi itu dibangunkan atas platform ladder frame dan dipadankan enjin 2.0L Turbo berkuasa 241hp @ 5,500rpm dan tork maksimum 350Nm @ 1,800-4,500rpm dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF berserta pedal syif dalam siatem pacuan empat roda (4WD).
KABIN MEWAH
Masuk ke dalam kabin, aura mewah dapat dilihat menerusi padanan warna kelabu/hitam. Ciri kerusi elektrik 8-tetapan dengan fungsi lumbar dan memori memudahkan pemandu melaraskan posisi, manakala kerusi penumpang depan juga boleh dilaraskan secara 4-tetapan. Kerusi depan juga disediakan fungsi perehat kaki.
BACA >>> #PanduUji: Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4x4 Si Pelayar Jalanan
Bumbung panoramik yang dapat dibuka hingga belakang memberikan rasa lapang buat penumpang dalam kabin. Stereng kemasan kulit didatangkan dengan butang multifungsi yang memudahkan akses pemandu. Perjalanan jauh menjadi mudah dengan ada soket 3-pin di but belakang.
Lipatan kerusi belakang 50:50 dan tempat duduk barisan kedua (60:40) memberikan ruang tambahan untuk mengangkut barangan lebih besar.
LUARAN ELEGAN
Rupa luaran tampil segak dengan gril depan kemasan krom bersama sil sisi dan rak bumbung. Lampu belakang LED direka besar dan menegak, manakala lampu depan disepadukan bersama lampu siang (DRL) LED. SUV buatan China ini memiliki dimensi panjang (4856mm), lebar (1926mm) dan tinggi (1900mm) serta jarak roda (2800mm).
BACA >>> Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
CIRI-CIRI TAMBAHAN
- Bumbung suria/panoramik
- Rim aoi 18-inci
- Rak bumbung (aloi kusam)
- Sil pintu
- Pelindung bampar belakang keluli tahan karat
- Wiper depan dengan sensor hujan
- Tayar 265/60 R18
- Tayar simpanan saiz penuh
Di pasaran, H9 bakal bersaing dengan model SUV lain seperti Isuzu MU-X, Ford Everest dan Toyota Fortuner, manakala harga anggaran ialah di bawah RM200,000.
Leave a Reply