• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Corolla Logo Suzuki Bakal Muncul di India

Toyota Corolla Logo Suzuki Bakal Muncul di India

December 19, 2018 By Azhan O Leave a Comment

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS lama menanti kolaborasi antara Toyota dan Suzuki di India, muncul khabar mengatakan sedan kompak Toyota Corolla yang berlogokan Suzuki bakal diperkenalkan di negara Asia Selatan itu.

Malah, Suzuki sudah mengesahkan akan menjual Corolla dengan logo Suzuki menerusi subsidiari pengeluar itu di India, Maruti Suzuki. Menurut laporan portal GaadiWaadi, Maruti Suzuki sudah pun melakukan ujian dalaman untuk prototaip sedan segmen-C tersebut.

BACA >>> #RetroAuto: Volkswagen Hampir Cipta Sejarah di India, Tetapi Syarikat Jepun yang Menang Kontrak

BUKAN PLATFORM TGNA

Platform modular baharu Toyota - TNGA

Maruti Suzuki dikatakan sedang giat memandu uji Corolla edisi Suzuki itu di pusat kajian dan penyelidikan (R&D) di Rohtak, Haryana. Corolla generasi ke-11 itu, yang turut dipasarkan di India, akan ditala semula, tetapi sayangnya, ia tidak dibangunkan berasaskan platform baharu, Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA).  Toyota baru saja melancarkan Corolla serba baharu untuk pasaran antarabangsa di China dan Amerika Syarikat (AS).

Sedan kompak Maruti Suzuki berasaskan Corolla itu dijangka menampilkan bahasa rekabentuk Suzuki meliputi bampar, gril dan rim. Ruang dalaman mungkin tidak banyak berubah berbanding versi Corolla asal, tetapi Suzuki mungkin mengubah sistem infotainment dan kemasan kerusi dengan menggunakan komponen dan material tempatan.

Corolla spesifikasi India dibawa masuk dari Thailand dalam versi pemasangan tempatan (CKD), dan ditawarkan dalam 2 varian, petrol 2ZR-FE 1.8L dan diesel 1ND-TV 1.4L.

Maruti Suzuki dijangka menggunakan enjin K15B 1.5L, sama seperti digunakan Maruti Ciaz, dan enjin diesel E15A 1.5L, yang ketika ini masih dalam fasa pembangunan. Ia bakal mempengaruhi harga jualan, manakala varian diesel akan menawarkan kuasa dan tork lebih besar berbanding enjin 1ND-TV 1.4L (86hp, 205Nm). Selain itu, mesin baharu itu juga boleh dipadukan dengan teknologi hibrid ringan, SHVS.

BACA >>> Inilah Rupa Kereta dengan Rating Keselamatan 'Zero-Star' Apabila Berlanggar

Maruti Suzuki merancang menjual 10,000 unit sedan berasaskan Toyota Corolla itu sepanjang setahun. Walaupun tidak menetapkan sasaran jualan yang tinggi, Maruti Suzuki sebenarnya sedang dalam proses memasuki pasaran sedan segmen-C di India.

Related

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), Auto Terkini, Maruti Suzuki, Roda4, Sedan, sedan segmen-C, SHVS, Suzuki, TNGA, Toyota, Toyota Corolla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev