• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Jepun Perkenal Vezel @ HR-V Touring dengan Enjin 1.5L VTEC Turbo, 180hp

Honda Jepun Perkenal Vezel @ HR-V Touring dengan Enjin 1.5L VTEC Turbo, 180hp

December 18, 2018 By Han Othman Leave a Comment

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT crossover Honda HR-V pasti bergembira apabila pengeluar automotif dari Jepun itu mengumumkan akan melancarkan varian baharu dinamakan Touring dengan prestasi dipertingkat. Namun model baharu itu, dikenali sebagai Vezel di Jepun, hanya akan dilancarkan di negara asalnya terlebih dahulu pada 31 Januari 2019.

Menurut kenyataan rasmi Honda, Vezel Touring akan ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu: Premium Crystal Blue Metallic (biru) dan Super Platinum Grey Metallic (kelabu). Vezel aka HR-V versi Jepun itu tidak hanya datang dalam versi Touring, tetapi Honda juga melengkapkan model itu dengan trenkuasa 1.5L VTEC Turbo.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Brosur Honda HR-V Facelift (2018) Versi Jepun

Enjin ini sebenarnya sudah dilancarkan di Eropah. HR-V spesifikasi Eropah diberikan nama Sport, dan diperkenalkan pada Pameran Motor Paris 2018, September lalu dan pengeluaran dijadualkan bermula bulan ini.

Bagaimanapun, Honda belum menyiarkan spesifikasi lengkap Vezel 1.5L VTEC Turbo versi pasaran domestik Jepun (JDM). Bagi spesifikasi Eropa, enjin 4-silinder itu dilengkapi pengecasturbo berkuasa berkuasa 180hp. Transmisi manuala 6-kelajuan memberikan tork 240Nm, manakala tork untuk kotak gear CVT, ialah 220Nm.

Vezel Touring turut dilengkapi lampu utama latar hitam, kemasan krom eksklusif untuk gril depan, bampar depan dan gril bawah rekabentuk baharu, kemasan metalik warna kelabu, lencana eksklusif dan ekzos ganda. Adakah ada dalam perancangan Honda Malaysia?

BACA >>> Honda HR-V Versi Eropah Bakal Berenjin 1.5L Turbo, Sama Seperti Civic

Related

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 1.5L VTEC Turbo, Crossover, Honda, Honda HR-V, Honda Jepun, Honda Vezel, Honda Vezel Touring, Jepun, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my