• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nio ES6 - SUV Elektrik Premium dari China dengan Harga Bermula RM217k

Nio ES6 - SUV Elektrik Premium dari China dengan Harga Bermula RM217k

December 17, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NIO meneruskan kejayaan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik ES8 menerusi pelancaran model baharu, ES6. Pengeluar automotif dari China itu ialah antara pengeluar kenderaan elektrik (EV) penting di Negara Tembok Besar itu. Nio turut mengesahkan sudah menghantar hampir 10,000 unit ES8 sejak dilancarkan awal tahun ini.

BACA >>> #Spyshot: Porsche Taycan Versi Elektrik Penuh Semakin Hampir Berada di Jalanan

Pengeluar itu tidak menunggu masa lama untuk mengeluarkan model kedua. ES6 ialah SUV elektrik pintar jarak jauh prestasi tinggi yang dipadankan dengan struktur hibrid aluminium kekuatan tinggi dan plastik diperkuat gentian karbon (CFRP).

NIO ES6-2
NIO ES6-3
NIO ES6-10

Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 4.7 saat dan mampu pergi sejauh 510km untuk cas bateri penuh dengan jarak lebih 510km dan jarak brek 33.9 meter dari 0-100kmj. Penampilan ES6 masih mengetengahkan bahasa rekabentuk Nio dengan luaran sporty dan bergaya dengan kabin berteknologi tinggi yang diperhalusi.

ES6 ditawarkan dalam 2 pilihan varian: Standard dan Performance pada harga bermula ¥358,000 (RM217,100) dan ¥398,000 (RM241,357). Pembeli di China sudah boleh mula menempah model ini dan penghantaran akan bermula Jun 2019.

BACA >>> GAC Mitsubishi Eupheme EV - SUV Elektrik dengan Jarak Sejauh 410km, Cuma RM80k

Bagi menampung pembeli Nio yang semakin berkembang, Nio turut meningkatkan infrastruktur. Setakat ini Nio memiliki 26 stesen penukaran bateri, selain membangunkan 160 rangkaian pusat servis seluruh China dan angka tersebut dijangka meningkat kepada 300 pusat servis menjelang 2019.

GALERI

SUMBER: Electrek

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: China, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nio, Nio ES6, Nio ES8, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev