• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Porsche Taycan Versi Elektrik Penuh Semakin Hampir Berada di Jalanan

#Spyshot: Porsche Taycan Versi Elektrik Penuh Semakin Hampir Berada di Jalanan

September 13, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


TESLA nampaknya bakal menerima lawan sengit dari Jerman dalam pertempuran hebat kenderaan elektrik (EV). Mercedes bakal melancarkan serangan menerusi kenderaan utiliti sukan (SUV) EQC, Audi pula hampir mendedahkan e-Tron dan sedang BMW bersiap sedia memperkenalkan barisan EV berdasarkan model sedia ada.

Bagaimanapun, ada salah satu EV paling dinanti-nantikan. Berasal dari Stuttgart, model baharu itu bakal dilancarkan pada 2019, iaitu Porsche Taycan elektrik penuh yang bakal jadi ancaman kepada Tesla. Kehadiran model itu semakin hampir apabila Carbuzz terserempak Taycan versi prototaip sedang menjalani ujian dan seakan sudah siap sedai memasuki barisan pengeluaran.

Porsche Taycan10
Porsche Taycan6
Porsche Taycan11

Bampar depan masih lagi ditutupi pelekat penyamaran dan dipadankan lampu LED tirus seperti model konsep Mission E bersama rim versi pengeluaran. Seperti model Porsche lain, lampu belakang disambungkan dengan bar LED. Palam mengecas diletakkan pada bahagian fender depan sebelah kanan.

BACA >>> Spesifikasi Tesla Model 3 AWD Performance Didedahkan, 0-100kmj Sepantas 3.5 Saat

Difahamkan, tawaran varian Taycan sama seperti model 911 menerusi Taycan Carrera, Taycan Carrera S dan Taycan Turbo dengan kuasa maksimum 400hp-600hp. Porsche mengesahkan ada dua motor segerak secara kekal akan memacu roda.  Satu motor di gandar depan dan satu lagi mengendalikan roda belakang.

Porsche Taycan9
Porsche Taycan5
Porsche Taycan7

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In dan Kereta Elektrik?

Pacuan semua roda (AWD) dijangka ditawarkan sebagai standard bagi keseluruhan model tetapi ada khabar angin mencadangkan Porsche melancarkan versi pacuan roda belakang yang lebih mampu milik. Bateri litium-ion voltan tinggi akan menawarkan perjalanan sejauh 500km.

Menerusi tawaran cas pantas 15 minit dengan 800v, crossover ini mampu memberikan perjalanan sejauh 400km. Menariknya, pengendalian Taycan sama seperti model Porsche lain, malah graviti tengah rendah dapat dicapai menerusi pemasangan pek bateri pada lantai. Porsche Taycan bakal didebutkan pada pertengahan 2019 sebelum rasmi di pasaran menjelang 2020.

GALERI
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Porsche, Porsche Taycan, Porsche Taycan Carrera, Roda4, SUV, Taycan Carrera S, Taycan Turbo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my