• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Najib: Proton X70 Patut Jual RM10k-RM15k Lebih Murah Sebab Dapat Pinjaman R&D

Najib: Proton X70 Patut Jual RM10k-RM15k Lebih Murah Sebab Dapat Pinjaman R&D

December 13, 2018 By Han Othman 1 Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANTAN Perdana Menteri, Najib Razak dalam kenyataan di laman Facebook menyatakan pendapatnya bahawa harga Proton X70 sepatutnya dijual lebih murah daripada harga yang diumumkan semalam.

"Ramai yang berminat dengan rekabentuk X70 yang cantik dan kelengkapannya yang canggih tetapi kecewa dengan harga yang agak tinggi iaitu bermula dengan RM99,800 sehingga RM123,800."

BACA >>> Misteri Selesai! Proton X70 Rasmi Dilancarkan dengan Harga Bermula RM99,800

"Saya harap kerajaan PH dengan Proton boleh menimbangkan untuk menurunkan harga model asas X70 ini dari RM99,800 sebanyak RM10,000 atau RM15,000 supaya lebih ramai rakyat akan mampu memiliknya - memandangkan kerajaan Malaysia yang telah banyak menolong dengan pinjaman mudah dan peruntukkan R&D."

Menurut Najib, beliau pernah dimaklumkan harga X70 (Geely Boyue di China) bermula daripada RM63,000, manakala harga untuk pasaran Malaysia dijangka lebih mahal 10-20 peratus atas faktor cukai dan ciri berbeza.

Malah, beliau mengakui ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, harga anggaran Proton X70 ialah antara RM70,000 ke RM90,000.

Proton X70 dilancarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad secara rasmi, semalam dengan menawarkan empat pilihan varian untuk dimiliki. X70 ialah model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama diperkenalkan Proton selepas menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik asing dari China, Geely.

Related

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mahathir Mohamad, Najib Razak, Proton, PROTON Holdings Berhad, Proton X70, Roda4, SUV, SUV kompak

Comments

  1. MOHAMMAD HAFIZ ABDUL RAZAK says

    December 14, 2018 at 10:13 AM

    PART NIE SETUJU DENGAN MANTAN PM

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev