• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi: Aku Harap Boleh Pergi Masa Lalu Supaya Dapat Berlumba 10 Tahun Lagi

Rossi: Aku Harap Boleh Pergi Masa Lalu Supaya Dapat Berlumba 10 Tahun Lagi

December 13, 2018 By Aryon Leave a Comment

708
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEKANDA MotoGP, Valentino Rossi ketika ditanya mengenai saingan musim depan bersama pasukan Yamaha berkata beliau mahu terus berlumba selagi mana badan mampu bertahan walaupun usianya tahun depan bekal genap 40 tahun.

Malah 'The Doctor' sempat berseloroh yang beliau kalau boleh mahu memutar masa dan balik ke 10 tahun lalu supaya dapat terus berada pada tahap terbaik untuk sedekad lagi.

Rossi ketika ditemu bual GPOne mengenai langkah pertamanya dalam dunia permotoran berkata;

"Semasa aku kanak-kanak, aku pernah main go-kart dan entah macam mana aku boleh bermula sebagai pemandu kereta. Aku luangkan banyak masa dalam kereta, tetapi rali sebenar memang susah untuk aku. Aku tak fikir dapat sampai ke tahap lima terbaik kerana pelumba WRC (Kejuaraan Rali Dunia) sangat laju, aku kuat di Monza pun sebab aku tahu perlumbaan itu. Tapi dalam kejuaraan dunia, ia berbeza." 

BACA >>> Rossi Juara Monza Rally Show Kali Ke-4 Berturut-Turut, 8 Kali Keseluruhan!

Rossi beberapa hari lalu baru saja menjuarai acara Monza Rally Show buat kali keempat berturut-turut dan kelapan keseluruhan yang disertainya sejak 2002. Namun ada cakap-cakap belakang mengatakan pelumba lain tidak diberikan kondisi sama rata dan adil untuk bersaing. Rossi misalnya berlumba dengan Ford Fiesta WRC, iaitu jentera yang 80hp lebih berkuasa berbanding pelumba lain.

Bagaimanapun, Rossi memang mengalu-alukan pelumba WRC lain menyertai acara tersebut.

"Memang baguih kalau ada pelumba WRC ambil bahagian, tetapi cuma atas trek tradisional. Ia akan jadi lebih hebat kalau buat atas trek kotor," ujar kekanda dengan begitu gentle dan tidak goyang sama sekali.

YAMAHA ADA POTENSI

Mengulas mengenai persiapannya bersama Yamaha menjelang MotoGP 2019, Rossi berkata, ada beberapa masalah perlu ditangani, tetapi beliau yakin pasukan pengilang itu memiliki potensi teknikal untuk jadi semakin baik dan kuat.

Masa depan Rossi dalam MotoGP setakat ini terjamin selepas memperbaharui kontrak dengan Yamaha selama dua musim, iaitu hingga 2020. Namun kekanda sempat pula bergurau yang masa paling ideal untuk beliau terus berlumba ialah sekurang-kurangnya hingga 2028. Itupun jika beliau masuk mesin masa.

"Aku suka kalau boleh pergi masa lalu sebab aku nak berlumba untuk 10 tahun lagi," katanya.

Rossi juga percaya seterunya, yang juga juara MotoGP 2018, Marc Marquez sekali lagi akan jadi lawan paling kuat sambil mengharapkan Yamaha jadi semakin kuat dan hebat.

"Aku jangka Marquez sangat kuat, seperti selalu. Kami agak bergelut dengan M1 sepanjang dua musim lepas. Ada beberapa masalah perlu diselesaikan, tetapi aku yakin Yamaha ada potensi teknikal untuk menangani situasi tersebut," kata Rossi.

 

Related

708
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ford Fiesta WRC, Monza Rally Show, MotoGP, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev