• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kapcai TVS Neo X3i Masuk Malaysia Suku Pertama 2019, Anggaran Harga RM4k Sahaja

Kapcai TVS Neo X3i Masuk Malaysia Suku Pertama 2019, Anggaran Harga RM4k Sahaja

December 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

846
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DAJU Motors Sdn Bhd, sebagai pengedar rasmi jenama TVS di Malaysia memperkenalkan model kapcai Neo X3i yang dijana enjin 110cc. Di pasaran tempatan, model ini akan bersaing dengan lawan seperti Yamaha Lagenda 115Z dan Modenas CT110. Bagaimanapun, ia hanya akan mula berada di pasaran bermula suku pertama tahun depan.

ENJIN SOHC, 4-LEJANG

Dijana enjin silinder tunggal 4-lejang 109.7cc SOHC, Neo X3i mampu menghasilkan kuasa 8.5hp @ 8,000rpm dan tork 8.5Nm @ 5,000rpm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang menerusi kotak gear 4-kelajuan dengan sistem klac semi dan automatik.

BACA >>> Yamaha Lagenda 115Z Terima Warna Baharu - Lebih Garang dan Menawan

TVS Neo X3i-10
TVS Neo X3i-14
TVS Neo X3i-3

PENAMPILAN ELEGAN

Neo X3i tampil berbeza berbanding model sedia ada di pasaran menerusi lampu depan halogen bersegi untuk pencahayaan lebih terang. Padanan strip grafik dalam empat pilihan warna memberikan imej tersendiri yang unik. Paparan meter analog pula disepadukan dengan teknologi iEcono sebagai indikator buat penunggang untuk membantu mengawal tahap penggunaan minyak menerusi sensor terotel.

HARGA MURAH

Bakal dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD), Neo X3i ditawarkan dalam empat pilihan warna: biru/hitam; merah/hitam, jingga/hitam dan hijau/hitam, manakala anggaran harga ialah RM4,000. Murah bukan?

BACA >>> TVS Apache RTR 200 4V Kini di Malaysia, RM10,950 - Mampukah Cabar Modenas Pulsar NS200?

TVS Neo X3i-9
TVS Neo X3i-3
TVS Neo X3i-3

CIRI PERALATAN

Bagi kemudahan pengguna masa kini, Neo X3i didatangkan dengan ciri unik iaitu iCharge di bawah hendal yang memudahkan pengguna mengecas telefon pintar sambil menunggang.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik (depan) dan dwi absorber (belakang), serta dipadankan brek cakera hidraulik (depan) dan brek dram (belakang). Dari segi dimensi, kapcai ini memiliki panjang 1,940mm, tinggi 1,075mm, lebar 665mm dan jarak roda 1,260mm.

Neo X3i cukup selesa ditunggang, kerana saiz motosikal yang direke mengikut purata fizikal penduduk Asean dan dibantu jarak kelegaan tanah 150mm dan tinggi pelana 760mm.

GALERI

Related

846
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Daju Motors Sdn Bhd, Kapcai, Modenas CT110, Moped, roda2, TVS, TVS Neo X3i, Yamaha Lagenda 115Z

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev