• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Misteri Selesai! Proton X70 Rasmi Dilancarkan dengan Harga Bermula RM99,800

Misteri Selesai! Proton X70 Rasmi Dilancarkan dengan Harga Bermula RM99,800

December 12, 2018 By Han Othman 1 Comment

8.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKHIRNYA segala persoalan dan misteri mengenai harga Proton X70 sudah terjawab apabila pengeluar nasional itu mengumumkan akan menjual kenderaan utiliti sukan (SUV) pada harga bermula RM99,800.

X70 ialah SUV pertama Proton hasil kerjasama dengan rakan strategik dari China, Geely selepas menandatangani perjanjian muktamad dengan DRB-HICOM Berhad pada Jun tahun lalu.

Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat, kini tibalah masa Proton mengumumkan harga SUV tersebut yang dibezakan mengikut 4 varian. Lebih menarik, harga disebutkan ini juga sama untuk jualan di Sabah dan Sarawak. :

  • Standard 2WD - RM99,800
  • Executive 2WD - RM109,800
  • Executive AWD - RM115,800
  • Premium 2WD - RM123,800

Ada 5 pilihan warna menarik untuk dipilih, iaitu:

  • Snow White (putih)
  • Armour Silver (perak) - kecuali Executive AWD
  • Jet Grey (kelabu) - kecuali Standard 2WD
  • Cinnamon Brown (coklat) - kecuali Standard 2WD dan Executive AWD
  • Flame Red (merah) - Premium 2WD sahaja
proton-x70-voice-command
proton-x70-infotainment-gkui
proton-x70-usb-port

Model awal ini ialah versi import (CBU) yang dibawa terus dari China, manakala trenkuasa ditawarkan ialah 1.8TGDi berkuasa 182hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,700-4,400rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan berserta mod manual dalam opsyen dua pacuan, iaitu pacuan dua roda (2WD) dan semua roda (AWD). Model pemasangan tempatan (CKD) hanya akan menjengah pasaran tahun depan.

Menarik tentang X70, antara ciri standard diberikan untuk semua varian ialah infotainment skrin sentuh 18 inci dengan kamera pandang belakang, dan 6 slot USB iaitu di sisi konsol tengah (2), belakang konsol tengah (2), ruang simpanan konsol (1) dan belakang cermin pandang belakang (1). Menurut Proton, slot USB di belakang cermin pandang belakang dikhaskan untuk kamera pemuka (dashcam), jadi tiada lagi kabel berselirat dan berjuntai di depan stereo.

Malah, ciri paling moden ialah arahan suara aka voice command, dinamakan GKUI, diberikan sebagai standard untuk semua varian X70 yang membolehkan pengguna menyebut beberapa ayat asas untuk melakukan operasi kereta seperti radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca, dan pengecaman suara

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton GKUI - Sistem Infotainment Termaju dengan Arahan Suara

Ciri keselamatan standard untuk semua varian pula ialah 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Brek Pegun Automatik (ABH), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC), dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

Setiap pembelian didatangkan bersama pakej:

  • Pakej Servis Xtra
  • Kadar Pembiayaan Rendah Xtra
  • Perlindungan Waranti Xtra
  • Pakej Data Xtra

Jom ketahui spesifikasi lengkap X70 dengan klik PAUTAN INI.

Adakah anda berpuas hati dengan harga ditawarkan? Sebagai makluman, X70 ialah SUV yang berada dalam segmen C atau kompak, iaitu sama kelas pesaing bukan nasional seperti Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail.

GALERI
pandu uji proton x70
tayar proton x70

 

Related

8.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Geely, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, PROTON Holdings Berhad, Proton X70, Roda4, SUV, SUV Segmen-C

Comments

  1. sirlirkuv3 says

    December 19, 2018 at 1:18 PM

    ada tulis passenger airbag kat tengah tu, boleh off ke yang sebelah passenger?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev