• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Castrol Lancar Minyak Enjin Motosikal Castrol POWER1 Serba Baharu

Castrol Lancar Minyak Enjin Motosikal Castrol POWER1 Serba Baharu

December 12, 2018 By Han Othman Leave a Comment

765
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CASTROL Malaysia melancarkan minyak enjin motosikal Castrol POWER1 serba baharu yang dipadukan teknologi diperbaharui dan spesifikasi dipertingkat dengan formulasi baru ini bagi memperhebatkan prestasi jentera.

Ada 4 pilihan minyak enjin motosikal Castrol POWER1 serba baharu itu ialah:

  • Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L
  • Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40 1L
  • Castrol POWER1 Scooter 4-AT 5W-40 1L
  • Castrol POWER1 Scooter 4-AT 10W-40 1L

Selain itu, dua pilihan sedia ada, Castrol POWER1 4T 10W-40 1L dan Castrol POWER1 Racing 4T 10W-50 1L turut diperkenalkan semula dengan formulasi dipertingkatkan, sekali gus melengkapkan enam produk baharu Castrol.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?

TEKNOLOGI DIPERTINGKAT

Berbanding produk pesaing, Castrol POWER1 dengan Power Release Technology™ direka untuk mengoptimumkan geseran bagi memberikan penunggang lebih pecutan pantas dalam setiap perahan terotel.

Buktinya, dalam tiga peringkat ujian pecutan 5.2km menggunakan enjin motosikal supersports 4-silinder berkuasa 135hp, Castrol POWER1 10W-40 baharu  mencatatkan masa 6.6 saat lebih pantas berbanding pesaing 10W-40 lain, dan 2.8 saat lebih pantas berbanding formulasi terdahulu.

Berucap pada majlis pelancaran, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia, Keow Mei-Shan berkata;

“Kami sentiasa berkembang sejajar keperluan pengguna. Castrol POWER1 baharu ialah hasil inisiatif ini. Paling utama ialah fokus kami untuk terus menawarkan yang terbaik - sama ada rangkaian serba baharu atau menambah baik formula - ia dijana berdasarkan pengalaman dan penyelidikan menyeluruh. selama bertahun-tahun.”

MINYAK ENJIN UNTUK SKUTER MEMECUT HEBAT

Jika Castrol POWER1 menawarkan pecutan hebat dalam setiap perahan terotel, Castrol POWER1 SCOOTER baharu dengan Scootek Technology™ pula meledakkan pecutan hebat dalam setiap sentuhan terotel.

Minyak hitam Castrol POWER1 CRUISE dengan Power Sustain Technology™ pula mampu mengendalikan haba dan geseren enjin motosikal kuasa tinggi dengan optimum, dan memberikan tenaga berterusan sepanjang menunggang jauh.

BACA >>> #2018MotoGP: Juara Milik Crutchlow, Marquez Jahat dan Hafizh Menyinar di Argentina

Sebagai penaja pasukan Castrol LCR Honda dan sempena MotoGP, Castrol turut mengumumkan minyak enjin Castrol POWER1 RACING dengan Race Derived Technology™ baharu yang terbukti mampu mengekalkan kekuatan dan memberikan pecutan dalam situasi trek lumba.  Buktinya kuasa diberikan Castrol POWER1 membolehkan Stefan Bradl, iaitu pelumba pengganti Cal Crutchlow yang tercedera, berjaya menghangatkan Sepang dalam perlumbaan 20 pusingan cukup mendebarkan.

Memahami kelancaran pecutan bagi seseorang penunggang, barisan produk Castrol POWER1 baharu ini disediakan khas untuk memberikan prestasi terbaik berterusan kepada pelbagai jenis motosikal dalam berdepan cabaran situasi lalu lintas.

* Kapasiti produk - 1 liter

Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50
Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40
Castrol POWER1 Scooter 4T 10W-40
Castrol POWER1 Scooter 4T 10W-40
Castrol POWER1 4T 10W-40
Castrol POWER1 Racing 4T 10W-50

Related

765
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Castrol, Castrol Malaysia, Castrol POWER1, Keow Mei-Shan, minyak enjin, Minyak Enjin Motosikal, minyak hitam, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev