PROTON kini membuka tempahan bagi model terbaharunya, Proton Perdana 2016 yang dijual pada harga serendah RM100,000 hingga RM150,000.
Walau bagaimana, tarikh pelancaran masih 'rahsia' dan dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada suku pertama 2016.
Sedia maklum, Proton Perdana 2016 akan ditawarkan dalam dua varian enjin iaitu bersesaran 2.0L dan 2.4L.
ANDA MUNGKIN BERMINAT: Spesifikasi Proton Perdana 2016 Didedahkan
Untuk makluman, Proton Perdana 2016 buat masa ini akan menggunakan enjin Honda Accord generasi ke-8. Manakala penggunaan enjin baharu iaitu Petronas NE01 pula dijangka akan dipasang secara berperingkat pada 2017.
Mari kita sama-sama nantikan kemunculan 'baby' baharu Proton. Tim Pandulaju juga sudahpun melihat Proton Perdana 2016 secara dekat dan ia memang impresif.
Leave a Reply