• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Juara Monza Rally Show Kali Ke-4 Berturut-Turut, 8 Kali Keseluruhan!

Rossi Juara Monza Rally Show Kali Ke-4 Berturut-Turut, 8 Kali Keseluruhan!

December 11, 2018 By Aryon Leave a Comment

830
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEKANDA Valentino Rossi merangkul kemenangan kali kelapan apabila menyapu bersih sembilan peringkat perlumbaan Monza Rally Show. Memandu Ford Fiesta spesifikasi WRC sepanjang acara tiga hari itu di litar ikonik, Autodromo Nazionale Monza, pelumba Itali itu berjaya menumpaskan pelumba rali WRC, Teemu Suninen untuk kemenangan keempat berturut-turut dan kelapan keseluruhan sejak kali pertama memenanginya pada 2002.

BACA >>> Rossi Catat Kemenangan ke-6, Pecah Rekod Lumba Kereta Monza Rally Show

Perlumbaan Monza Rally Show sudah menjadi rutin tahunan Rossi setiap kali tamat musim MotoGP yang memerlukan beliau berlumba atas trek rata sejauh 100km. Juara dunia MotoGP sembilan kali itu masih lagi berentap dengan lawan sama sejak beberapa tahun lalu. Lawan akhir yang menewaskan beliau ialah pelumba Formula Satu (F1), Robert Kubica, iaitu pada 2014.

Bos Suzuki MotoGP, Davide Brivio meraih tempat ketiga dengan menyingkirkan rakan Rossi, Uccio Salucci dari podium. Legenda MXGP, Tony Cairoli pula menduduki kedudukan keempat, manakala ikon Supercross, Chad Reed, yang kali pertama berlumba rali, melengkapkan rangkaian selebriti sukan permotoran motosikal apabila mendapat tempat ke-28.

Monza Rally Show atau Rally di Monza (Itali), ialah kejohanan tahunan yang dianjurkan sejak 1978 di Autodromo Nazionale di Monza, yang mana pakar lumba trek dan rali saling berlumba, termasuk protoganis atau selebriti dalam dunia hiburan dan sukan lain. Ia biasanya berlangsung pada penghujung November selepas tamat musim kompetitif kejuaraan sukan permotoran dunia.

SUMBER: MCN

Related

830
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Monza Rally, Monza Rally Show, rali, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev