• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Doktor Hairan Bagaimana Marquez Boleh Jadi Juara Dunia Walaupun Bahu Cedera Teruk

Doktor Hairan Bagaimana Marquez Boleh Jadi Juara Dunia Walaupun Bahu Cedera Teruk

December 10, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


DR Xavier Mir yang ditugaskan memulihkan bahu kiri adinda Marc Marquez yang tercabut mengatakan pembedahan tersebut jauh lebih rumit berbanding apa dijangka berdasarkan tahap kerosakan sendi dialami pelumba Sepanyol itu.

"Aku hampir tak faham macam mana dia boleh menang juara dunia dalam keadaan macam tu. Memang patut bagi lebih merit kat dia," katanya.

BACA >>> Marquez Jalani Pembedahan Bahu, Jangka Cergas Semula Sebelum Ujian Sepang 2019

SURGERI BUKAN 100 PERATUS SUKSES

Menjelaskan mengenai pembedahan susulan itu, Mir mendedahkan bahawa tulang humerus Marquez yang menyambungkan bahu kepada siku didapati boleh terkeluar dalam semua arah. Ini memerlukan surgeri terbuka ke atas tulang tersebut dan tambahan pembedahan untuk membaiki ligamen.

"Sembuh 100 peratus bukan jaminan, tetapi selepas pembedahan, walaupun masa dia tidur, kami memang buat ujian kestabilan dengan gerakkan bahunya dalam semua arah dan ia tidak lagi tercabut.

"Ini petanda baik kerana apabila dia bangun, otot akan memegang tulang dalam soket lebih banyak lagi," jelas Mir.

Sasaran utama kini ialah memastikan Marquez dapat cergas semula sepantas mungkin menjelang ujian pembukaan 2019 di Sepang pada 6-8 Februari tahun depan. Sementara itu, rakan pasukan Marquez baharu, Jorge Lorenzo turut dalam proses pemulihan daripada pembedahan minor kaki kanannya.

Already training. pic.twitter.com/VL7Fbk00uB

— Jorge Lorenzo (@lorenzo99) 5 December 2018

Berikut gambarajah kecederaan bahu Marquez dalam bahasa Sepanyol:

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bahu Tercabut, Dr Xavier Mir, Marc Marquez, MotoGP, Pembedahan Marc Marquez, Surgeri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my