MCLAREN 720S Spider melakukan debut rasmi beberapa hari lalu dan akan berada di pasaran pada harga bermula £237,000 (RM1.23 juta).
Berbeza berbanding coupe 720S, model ini menampilkan ciri bumbung keras retrak baharu yang boleh dibuka-tutup. Menurut McLaren, bumbung baharu 720S Spider ialah yang paling pantas dalam kelas supercar, dan lebih pantas daripada model drop top Super Series terakhir, 650S Spider.
BACA >>> Tidak Mampu Beli McLaren 720S Sebenar? Jangan Bimbang, LEGOkan ada!
Sebagai tambahan, bumbung model ini boleh berfungsi ketika kenderaan memecut dalam kelajuan 50kmj, hampir dua kali ganda operasi bumbung 650S Spider, iaitu 30kmj.
PANEL BUMBUNG TINTA AUTOMATIK
Ciri unik lain 720S Spider ialah panel bumbung kaca elektrokromik yang boleh ditukar antara tinta (tinted) dan transparen dengan sentuhan satu suis khas. Apabila enjin dimatikan, panel kaca tersebut secara automatik akan bertukar kepada tetapan tinta yang membantu kabin kekal sejuk. Jika pernah menggunakan tingkap elektrokromik atas pesawat terbang, anda pasti biasa dengan teknologi ini.
McLaren juga melengkapkan 720S Spider dengan rim aloi ringan 10 jejari (lihat foto galeri), termasuk menambah dua warna eksterior baharu, dipanggil Belize Blue (seperti dalam foto) dan Aztec Gold, manakala warna Supernova Silver ditamatkan.
720S Spider dibina berasaskan platform monokok gentian karbon MonoCage II yang juga digunakan model jalanan McLaren lain, dengan enjin 4.0L twin-turbocharged V8 dan transmisi 7-kelajuan, berkuasa 720hp @7500rpm dan 770Nm @ 6,500rpm.
BACA >>> #TahukahAnda: McLaren Pilih Nama Senna Sempena Peringati Jaguh F1, Ayrton Senna
Prestasi dimiliki itu membolehkan 720S Spider memecut 0-100kmj sepantas 2.9 saat dan 0-193kmj dalam masa 7.9 saat. Jika bumbung dibuka, supercar ini mampu mencapai kelajuan maksimum 341kmj, manakala dengan bumbung ditutup, 325kmj.
Rasanya kena pakai palam telinga kalau tidak berbumbung.
GALERI
SUMBER: AutoGuide
Leave a Reply