• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Terra Raih Skor 5-Bintang Asean NCAP untuk Kategori SUV Saiz Pertengahan

Nissan Terra Raih Skor 5-Bintang Asean NCAP untuk Kategori SUV Saiz Pertengahan

December 10, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN Terra lulus cemerlang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP bagi kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan untuk pasaran Asia Tenggara dengan meraih skor 83.17 poin, sekali gus layak mendapat rating 5-bintang.

Bagi katehori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Terra mencatatkan skor 44.70 poin dengan perlindungan 'Good' untuk pemandu dan penumpang bagi bahagian kepala, leher dan kaki atas dalam rempuhan ofset depan. Ujian sama memberikan keputusan 'Adequate' untuk kaki bawah dan sisi dada, dengan dada pemandu mendapat skor 'Marginal'

BACA >>> Proton X70 Raih Rating 5-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Bagi kategori Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), Terra mendapat skor 20.79 poin, manakala skor Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) ialah 17.69 poin.


Menurut Asean NCAP dalam satu kenyataan, Terra ialah model kelapan Nissan yang menjalani ujian penilaian Asean NCAP. Model SUV ini dilengkapi 6 beg udara sebagai  ciri standard untuk pasaran Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina, manakala beg udara sisi dan tirai ditawarkan sebagai opsyen untuk pasaran beberapa negara.

SPESIFIKASI STANDARD DIPERTINGKAT

Sistem Peringatan Tali Keledar (SRS) untuk penumpang dengan dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) juga menjadi ciri standard semua varian Terra. Bagaimanapun ESC ditawarkan sebagai opsyen di Vietnam dan Filipina. Nissan juga berbangga melengkapkan SUV ini dengan teknologi keselamatan sendiri, dipanggil Cermin Pandang Belakang Pintar (Intelligent Rear View Mirror - IRVM) sebagai ciri opsyen, yang fungsinya sama seperti Teknologi Titik Buta (BST) dan Amaran Tukar Lorong (LDW)

Di bawah Asean NCAP, Terra mendapat skor keseluruhan 83.17 poin dan dianugerahkan rating 5-bintang. Pengerusi Asean NCAP, Dr Siti Zaharah Ishak turut menyatakan ucapan tahniah atas kejayaan Nissan menerusi Terra.

"Tahniah kepada Nissan kerana menghasilkan satu lagi kereta selamat.

"Ini ialah satu lagi impak positif daripada inisiatif NCAP dan kami harap akan ada usaha berterusan daripada semua pengeluar dalam menghasilkan kereta seperti itu untuk rantau Asean dengan prestasi tahan langgar tinggi dan dilengkapkan dengan teknologi elak rempuhan yang mampu menyelamatkan nyawa ramai pengguna," katanya.

BACA >>> Asean NCAP Uji Pembangunan Teknologi Titik Buta, Bakal Jadi Standard Ujian Baharu

Menurut Siti Zaharah, inisiatif dilakukan Nissan dalam menghasilkan teknologi keselamatan sendiri untuk mengelak perlanggaran dengan pengguna jalan raya lain pasti memberikan kelebihan persaingan kepada pengeluar lain untuk menawarkan ciri keselamatan sama kepada pengguna.

Mari kita saksikan ujian perlanggaran Asean NCAP untuk Nissan Terra.

GALERI

SUMBER: AseanNCAP

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN, ASEAN NCAP, Auto Terkini, Dr Siti Zaharah Ishak, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Nissan Terra, Roda4, SUV, Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev