• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

December 8, 2018 By Han Othman Leave a Comment

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA selalu baca tentang hasil kajian dilakukan saintis atau penyelidik luar negara. Ada yang skeptikal sambil berkata keputusan itu cuma terpakai di negara luar saja, dan tidak sama dengan ragam atau pe'el orang kita.

Sekarang kita baca pula kajian dilakukan penyelidik Malaysia sendiri, terdiri daripada Kumpulan Penyelidikan Ergonomik (ERGO-UM) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM), dan dipetik HMetro mengenai ragam pemandu wanita negara ini.

BACA >>> Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?

Kajian dibuat sejak 2016 itu dijalankan Profesor Madya Ir Dr Siti Zawiah Md Dawal bersama Profesor Ir Dr Nukman Yusoff berserta penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal, Nurul Izzah Abd Rahman. Berikut hasil kajian diperoleh tentang cara pemanduan pemandu Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas:

  • Wanita lebih banyak melakukan kesalahan ketika memandu berbanding lelaki.
  • 80 peratus jumlah pemandu wanita tidak beri signal ketika berhenti di persimpangan jalan.
  • Wanita juga tidak gemar beri signal ketika menukar lorong di lebuh raya.
  • 53 peratus pemandu lelaki cenderung buat banyak kesalahan di lebuh raya, termasuk tidak beri signal ketika menukar lorong.

Menurut Dr Siti Zawiah, kesalahan itu mungkin disebabkan faktor peningkatan usia yang boleh menyebabkan penurunan fungsi dan persepsi visual, kognitif (proses mental seperti perhatian, kelajuan memproses maklumat dan daya ingatan) serta psikomotor (pergerakan fizikal) yang mana ketiga-tiga elemen itu saling berhubung rapat.

Menurutnya, kajian dimulakan dengan soal selidik menggunakan Driving Habits Questionnaire yang dibangunkan penyelidik Universiti Alabama, Amerika Syarikat. Dalam kajian itu juga responden diminta memakai electro-cap pada kepala yang berfungsi memantau isyarat otak seterusnya menganalisis dan melihat sejauh mana pemandu bertindak ketika berdepan situasi ketika memandu.

Kajian dilakukan secara rawak ke atas 182 pemandu yang majoriti berpengalaman memandu lebih 21 tahun dan memilih kereta jenis sedan sebagai kenderaan paling kerap digunakan ketika memandu.

GUNA KAEDAH PENGUKURAN KHAS

Hasil kajian juga mendedahkan:

  • 54 peratus pemandu 50 tahun ke atas sukar memandu ketika waktu puncak.
  • 45 peratus lagi sukar memandu ketika aliran trafik berkapasiti tinggi.

Dr Siti Zawiah berkata, kajian diteruskan dengan menjalankan eskperimen awal ke atas 30 pemandu lelaki dan wanita berusia 50 tahun ke atas yang bertujuan mengetahui sejauh mana umur mempengaruhi cara pemanduan. Ia dibuat berasaskan analisis ergonomik ketika memandu di tiga jenis jalan: bandar, luar bandar dan lebuh raya yang memerlukan responden memandu selama 30 minit, iaitu 10 minit setiap laluan.

Menurutnya, eksperimen itu dijalankan menggunakan kaedah pengukuran khas elektroensefalografi (EEG) dengan memakaikan alat electro-cap di kepala peserta bagi merekod dan memantau isyarat otak selain penilaian subjektif pemandu menggunakan soal selidik.

“Data ini seterusnya dianalisis untuk mengetahui beban kerja dan sejauh mana kepantasan pemandu bertindak apabila berdepan sesuatu situasi,” katanya.

BERDASARKAN KURIKULUM JPJ


Kata Dr Siti Zawiah lagi, kesalahan pemanduan dinilai berdasarkan Kurikulum Pendidikan Pemandu ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika eksperimen dijalankan.

Antara kesalahan memandu di lebuh raya yang dinilai ialah:

  • Memandu melebihi had laju
  • Masuk lorong salah ketika menghampiri atau berada dalam bulatan atau persimpangan
  • Tidak beri signal ketika berhenti di persimpangan dan menukar lorong.

Antara kesalahan memandu di luar bandar yang dinilai ialah:

  • Langgar lampu merah
  • Berada di lorong salah di bulatan
  • Tidak memberi isyarat di persimpangan dan ketika menukar lorong

Dr Siti Zawiah menjelaskan, soal selidik dan eksperimen awal dijalankan bagi mendapatkan dapatan yang boleh digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang dan kajian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti segala faktor serta mengetahui punca perbezaan kesalahan pemanduan antara lelaki dan wanita.

Related

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Elektroensefalografi (EEG), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, kajian, Kajian UKM, Kurikulum Pendidikan Pemandu, Nurul Izzah Abd Rahman, Pemandu Lelaki, Pemandu Wanita, Profesor Ir Dr Nukman Yusoff, Profesor Madya Ir Dr Siti Zawiah Md Dawal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev