• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus Bakal Keluarkan Hypercar Elektrik Harga RM10 juta?

Lotus Bakal Keluarkan Hypercar Elektrik Harga RM10 juta?

December 8, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


BEBERAPA tahun kebelakangan ini, produk baharu Lotus hanyalah model edisi khas. Tetapi selepas Geely mengambil alih saham syarikat itu, nampaknya peminat supercar British itu bakal menyaksikan kemunculan produk yang lebih menarik.

Terkini, Lotus khabarnya bakal mendedahkan model hypercar elektrik tahun depan. Menurut AutoCar, model konsep itu, menggunakan kod nama Omega, kini dalam proses pembangunan yang bakal menggunakan trenkuasa dibangunkan sendiri dengan harga mencecah lebih £2 juta (RM10 juta) seunit. Berdasarkan indikator harga, Lotus EV itu bakal bersaing dengan model hypercar tradisional seperti McLaren dan Ferrari.

BACA >>> Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton - Lotus Kini Milik Geely

Mungkin pesaing paling dekat ialah supercar elektrik, Nio EP9 yang mencipta rekod 7 minit 5 saat di litar Nurburgring, Jerman. Bagaimanapun, Lotus tidak mengulas lanjut tentang spekulasi produk masa depan itu.

Menurut Lotus lagi, pasukan pembangunan kini sedang meneroka pelbagai projek kejuruteraan yang merentasi pelbagai sektor kenderaan dengan menggunakan beberapa sistem propeler. Sebagai sebahagian proses pembangunan, projek itu turut menjalani penilaian berterusan yang ketat. Jadi cuma produk terbaik layak dikeluarkan.

* Gambar dipaparkan ialah model konsep Lotus Esprit

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Geely, hypercar, Kenderaan Elektrik (EV), kereta konsep, Lotus, Lotus Hypercar Elektrik, Lotus Omega, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev