• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Leaf NISMO RC - EV Versi Lumba dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 3.4 Saat!

Nissan Leaf NISMO RC - EV Versi Lumba dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 3.4 Saat!

December 7, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN dilanda krisis, itu tidak menghalang Nissan menerusikan aktiviti seperti biasa. Terbaharu, pengeluar automotif dari Jepun itu mempamerkan Leaf NISMO RC di Tokyo, Jepun. Nissan nampaknya bersungguh dalam mempopularkan model elektrik (EV) itu yang bukan saja di kalangan pengguna awam, tetapi juga dunia permotoran.

Leaf NISMO RC ibarat model lumba masa depan yang mana kereta-kereta lumba akan berentap ala jentera touring hari ini. EV lumba ini dibangunkan NISMO dan ditayangkan sempena Festival NISMO di Litar Antarabangsa Fuji pada 2 Disember lalu bersama jentera Formula E baharu Nissan.

Asas kepada EV memang sudah berkuasa, kerana motor elektrik mampu memberikan kuasa serta-merta. Leaf NISMO RC dilengkapi dua motor elektrik, pacuan semua roda (AWD) dengan badan baharu lebih radikal dan siap sedia untuk berlumba.

BACA >>> Nissan Leaf Nismo Akhirnya Dilancarkan, Tetapi untuk Pasaran Jepun Sahaja

Walaupun berstatus kereta lumba, jentera ini masih dilengkapi komponen Lead asal seperti trenkuasa dan teknologi bateri termaju. Bagaimanakah dengan bunyi? Maaf, tiada deruman ekzos dan nyalaan api kecuali bunyi motor dan tayar.

Berikut ringkasan mengenai Nissan Leaf NISMO RC:

  • Digerakkan dua motor elektrik yang diletakkan bertentangan di penghujung casis.
  • Motor mempunyai output kuasa 240kW (322hp) atau 120kW (160hp) setiap satu dengan tork segera 640Nm.
  • Angka itu lebih dua kali ganda berbanding kuasa dan tork Leaf NISMO RC generasi pertama yang diperkenalkan pada 2011.
  • Komponen diambil daripada Leaf standard ialah bateri lithium-ion kapasiti tinggi dan inverter.
  • Sistem AWD baharu memberikan kuasa ke setiap gandar dan dengan pantas menjana kuasa roda untuk beraksi atas trek.
  • Sama seperti model terdahulu, keseimbangan berat casis dioptimumkan melalui lokasi pek bateri di tengah.
  • Motor elektrik dan inverter pula diletakkan di tayar depan dan belakang.
  • Struktur badan monokokdibuat daripada gentian karbon dengan berat keseluruhan kereta 1,220 kg.
  • Nisbah kuasa kepada berat membolehkan Leaf memecut 0-100 kmj sepantas 3.4 saat, iaitu 50 peratus lebih pantas berbanding model lama.

Nissan merancang membina enam unit Leaf NISMO RC untuk demonstrasi serata dunia supaya peminat dapat merasai sendiri kereta lumba masa depan itu.

Sebagai imbasan, Edaran Tan Chong Motors (ETCM) ada membawa LEAF ke Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, baru-baru ini. Walaupun teknologi EV masih baharu, tetapi itu tidak menghalang pengunjung \ menunjukkan minat kepada model canggih tersebut.

Dipasarkan pada harga yang betul, Leaf dijangka mendapat sambutan di kalangan mereka yang sudah bosan dengan rutin mengisi minyak, termasuk kalangan pencinta alam sekitar.

BACA >>> Nissan Qashqai - SUV Jepun Ini Menang Anugerah Kereta Buatan Britain Terbaik!

GALERI

Related

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor (ETCM), ETCM, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Nismo, Nissan, Nissan LEAF, Nissan Leaf Nismo, Nissan LEAF NISMO RC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev