ADINDA MotoGP, Marc Marquez berkata, dia memerlukan masa sepanjang musim sejuk ini untuk cergas sepenuhnya daripada pembedahan bahu sebelum turun mengasah trek di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada awal Februari 2019.
Juara MotoGP 2018 itu baru saja menjalani pembedahan bahu kiri, kelmarin (Selasa), kurang seminggu selepas melengkapkan ujian pra musim final di litar Jerez, Sepanyol. Pembedahan tersebut dilakukan doktor pakar trauma MotoGP, Dr Mir untuk membetulkan kecederaan bahu Marquez yang terkeluar daripada soket tulang.
BACA >>> #2018GPJerman: Marquez Tambah Kejuaraan Kali Ke-9, Hafizh Kekal Rookie Terbaik!
Bercakap sebelum pembedahan ketika ujian Jerez, Marquez menjangka proses pemulihan mengambil masa sepanjang musim sejuk, dengan Repsol Honda mengesahkan selang masa lebih kurang enam minggu selepas pembedahan. Namun masih tidak pasti sama ada ayam tambatan pasukan pengilang Honda itu akan cergas 100 peratus menjelang ujian pembukaan 2019 di Sepang pada 1-3 Februari nanti.
DUA KALI TERCABUT
"Pemulihan sepanjang musim sejuk.
"Sebab pulih lama, dan aku tidak akan sampai di Malaysia dengan 100 peratus fit. Ia sangat padat. Jadi sepanjang musim sejuk ini akan tumpukan pada bahu aku, dan kemudian aku ada Februari dan Mac untuk berlatih pasal fizikal aku," kata Marquez.
Marquez mengalami dua kali masalah tulang bahu tercabut pada aksi MotoGP 2018. Pertama, ketika dia meraikan kejayaan sebagai juara awal MotoGP selepas ditepuk Scott Reading yang datang untuk mengucapkan tahniah, dan kedua dia terjatuh ketika sesi kelayakan di Valencia. Jadi, pembedahan perlu dilakukan segera untuk mengelak kecederaan sama berlanjutan.
BACA >>> Adinda Marquez Lakar Sejarah - Juara MotoGP Pertama Tercabut Bahu!
Pembukaan ujian di Sepang, yang cuma tinggal lebih kurang 8 minggu saja lagi, memberikan ruang masa cukup padat buat Marquez untuk kembali pulih sepenuhnya. Mampukah adinda lakukan sesuatu?
Lihatlah gambar di bawah, nampak sweet dan jambu je kan walaupun sakit?
Buenos días a todos! Ya me encuentro mejor💪🏼 Gracias por los mensajes de ánimo!
Good morning! I feel better 💪🏼 Thanks for your support messages! pic.twitter.com/nLJ1Qbq8Ek— Marc Márquez (@marcmarquez93) 5 December 2018
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply